Ramalan cuaca.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap buruk mulai hari ini, yang melibatkan lima buah daerah di Kelantan dan diramal berlanjutan sehingga hari Isnin ini.
Menurut kenyataan rasmi MetMalaysia, daerah-daerah yang dijangka terjejas ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh. Orang ramai di kawasan berkenaan dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan keadaan cuasa semasa.
Selain itu, amaran hujan berterusan pada tahap waspada juga dikeluarkan untuk beberapa negeri lain.
“Amaran hujan berterusan tahap waspada berkuat kuasa hari ini sehingga 24 November membabitkan empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak,” jelas kenyataan tersebut.
Daerah di Perak yang terlibat termasuk Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak serta Kuala Kangsar.
Amaran serupa turut dikeluarkan untuk beberapa daerah di Kelantan seperti Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang, serta negeri Terengganu sehingga Rabu depan.
MetMalaysia menasihati orang ramai untuk sentiasa mendapatkan maklumat cuaca terkini.
“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mudah alih myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan,” tambah kenyataan itu.
Bagi sebarang pertanyaan lanjut, talian hotline MetMalaysia, 1-300-22-1638, disediakan untuk dihubungi.
Orang ramai digesa agar sentiasa berhati-hati dan mengikuti perkembangan semasa bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Ringgit terus mengukuh, pasaran tunggu data KDNK suku pertama
Pelaburan RM2 bilion perkasa usahawan bumiputera: Anwar
Seorang didakwa, lima dikompaun kes berita palsu isu minyak: MCMC
Harga beras Asia naik mendadak ekoran krisis Asia Barat
Dron AS bernilai AS$238 juta hilang semasa operasi di Iran: Laporan
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan