Hukuman 10 tahun penjara, 6 sebatan terhadap guru lakukan amang seksual

November 4, 2025 · Isu semasa

Seorang guru dihukum penjara 10 tahun dengan enam sebatan, selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berumur 15 tahun, tiga tahun lepas.

Hakim Ahmad Fadhli Mahmud menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dengan dua sebatan bagi setiap pertuduhan terhadap Anuar Yusoff, 48, dan memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula hari ini.

Mahkamah juga memerintahkan lelaki itu menjalani khidmat kaunseling selama tempoh pemenjaraan serta menjalani pengawasan polis selama dua tahun setelah selesai menjalani hukuman penjaraan.

Ahmad Fadhli ketika membacakan penghakiman berkata setelah meneliti keterangan-keterangan dan hujahan yang dikemukakan pihak pembelaan dan pendakwaan, mahkamah mendapati bahawa pihak pembelaan telah gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes itu dan pembelaan yang dibuat hanya sekadar penafian semata-mata.

“Dengan mengambil kira tertuduh sebagai seorang guru yang seharusnya melindungi mangsa dan bukan mengambil kesempatan terhadap mangsa untuk melepaskan nafsu, apatah lagi apabila mangsa adalah daripada jantina yang sama.

“Tanggungjawab dan kepercayaan diberikan kepada tertuduh sebagai seorang guru namun tertuduh telah mengkhianati kepercayaan itu dengan melakukan perbuatan seksual terhadap mangsa dan tindakan sedemikian telah meninggalkan trauma kepada mangsa,” katanya.

Anuar didakwa atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak 15 tahun itu di dalam bilik di sebuah resort di Pulau Perhentian pada 3 petang 29 Julai 2022 dan 1 pagi dan 5 pagi 30 Julai 2022.

Pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Akmal Mohd Jazlee memohon hukuman penjara dan sebatan kepada lelaki tersebut atas perbuatan keji sehingga mendatangkan trauma kepada mangsa.

“Satu hukuman berat wajar dikenakan terhadap tertuduh agar menjadi mesej yang jelas kepada masyarakat bahawa perbuatan keji seperti ini tidak akan dipandang ringan oleh mahkamah khususnya melibatkan mangsa kanak-kanak,” katanya.

Peguam Nik Ismail Nik Lah merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman ringan atas faktor sudah berkhidmat sebagai seorang guru selama 25 tahun selain menanggung dua orang anak termasuk orang kurang upaya (OKU) serta tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Enam saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan termasuk lelaki itu telah dipanggil pada perbicaraan kes itu. – Bernama

Berita berkaitan
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
8 jam lalu· Politik
Muhyiddin dan PMO tidak campur tangan projek Jana Wibawa, mahkamah diberitahu
August 17, 2026· Politik
Lesen judi Kedah: Kalah di mahkamah, kenapa Putrajaya pula dipersalahkan PAS?
August 13, 2026· Politik
Kes saman: Najib bantah 80 peratus keterangan bekas CEO 1MDB
August 12, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
8 jam lalu · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
8 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok