Hukuman mati kekal terhadap tertuduh kes bunuh Kevin Morais

July 1, 2025 · Isu semasa

Tertuduh yang disabitkan dalam kes pembunuhan melibatkan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais pada 2015 kekal ke tali gantung selepas rayuan mereka ditolak hari ini.

Dalam keputusan dibuat Mahkamah Persekutuan hari ini, ketiga-tiga tertuduh Kol Dr R.Kunaseegaran, 62, S Nimalan, 31, dan S Ravi Chandran, 53 kekal didapati bersalah terhadap sabitan kes bunuh tersebut.

Keputusan dibuat itu terdiri panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Bagaimanapun Nimalan dan Ravi Chandran terlepas daripada hukuman gantung selepas mahkamah meringankan hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap mereka, kepada hukuman penjara seumur hidup.

Nimalan dijatuhi hukuman penjara 35 tahun dengan 12 sebatan manakala Ravi Chandran yang dijatuhi hukuman penjara 40 tahun, tidak dikenakan hukuman sebat kerana dia berusia lebih 50 tahun.

Hakim Tengku Maimun berkata, hukuman mati Kunaseegaran kekal kerana beliau telah menarik balik rayuannya terhadap hukuman itu.

Sementara itu panel yang turut dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan, Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim Mahkamah Persekutuan, Rhodzariah Bujang, melepas dan membebaskan tiga individu lain iaitu R Dinishwaran, 32, AK Thinesh Kumar, 31, M Vishwanath, 34, daripada pertuduhan.

Pada 10 Julai 2020, Mahkamah Tinggi mensabitkan keenam-enam lelaki itu dengan kesalahan membunuh Morais di sebuah lokasi sepanjang Jalan Dutamas Raya Sentul dan No 1, Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya antara 7 pagi hingga 8 malam pada 4 September 2015.

Rayuan mereka ditolak Mahkamah Rayuan pada 14 Mac tahun lepas.

Morais yang dilaporkan hilang pada 4 September 2015, kali terakhir dilihat meninggalkan kondominiumnya dengan menaiki kereta Proton Perdana dari Menara Duta, Kuala Lumpur ke pejabatnya di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya.

Mayat Morais ditemukan dalam tong dram yang diisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya pada 16 September tahun yang sama. – Bernama

Berita berkaitan
Kes tender PDRM: Saksi dedah bekas pegawai Hamzah rasa kecewa berhubung bayaran RM2 juta
July 23, 2026· Isu semasa
Zizie Izette bebas tuduhan rasuah RM2.8 juta
July 20, 2026· Isu semasa
Nasib Zizie Izette dalam kes rasuah RM2.8 juta diputuskan esok
July 19, 2026· Isu semasa
Sofia Rini berdepan tuduhan fitnah Farhash, kes disebut semula Ogos ini
July 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dibuka tinggi menjelang PRN Negeri Sembilan: Bernama
1 jam lalu · Isu semasa
MCMC perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi Program MADANI Kita
July 25, 2026 · Isu semasa
Tiada pemimpin boleh hina mana-mana kaum, PM ingatkan Sanusi
July 25, 2026 · Isu semasa
Anwar yakin Kabinet setuju dedah laporan RCI Tabung Haji
July 25, 2026 · Isu semasa
MCMC siasat kandungan hina Islam di Facebook
July 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Khalid Samad lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
2 jam lalu
[VIDEO] Nasir Rahman tekad bantu peniaga dan anak muda Bagan Pinang jika dipilih
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok