Noraidah Lamat.
Noraidah Lamat, ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, telah memfailkan permohonan untuk diisytiharkan sebagai pihak berkepentingan dalam prosiding inkues berhubung kematian anaknya yang berusia 13 tahun itu.
Permohonan tersebut akan dibicarakan di Mahkamah Koroner pada Khamis depan (28 Ogos).
Menurut kenyataan pasukan peguam yang mewakili Noraidah, permohonan itu difailkan pada Selasa lalu bagi membolehkan beliau terlibat secara aktif dalam proses inkues.
Mereka turut memohon salinan semua dokumen relevan daripada Jabatan Peguam Negara sebelum prosiding dimulakan.
“Kami memohon agar Noraidah dibenarkan memeriksa dan menyoal balas saksi, meneliti dokumen, serta mencadangkan saksi dan bukti tambahan untuk membantu koroner dalam siasatan ini,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.
Pasukan peguam tersebut terdiri daripada Hamid Ismail, Shahlan Jufri, Rizwandean M. Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser.
Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai lepas setelah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Kota Kinabalu.
Kejadian itu mencetuskan bantahan awam terhadap kelewatan bedah siasat dan prosedur penyiasatan awal.
Kes ini mendapat perhatian meluas apabila Ketua Polis Negara mengesahkan siasatan tatatertib terhadap pegawai penyiasat yang didakwa melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan gagal memohon bedah siasat pada peringkat awal.
Insiden itu telah menimbulkan persoalan mengenai kecekapan pengurusan kes jenayah melibatkan kanak-kanak.
Inkues tersebut merupakan langkah penting untuk menentukan punca sebenar kematian Zara Qairina dan meneliti kemungkinan terdapat unsur cuai atau kesilapan dalam pengendalian kes oleh pihak berwajib.
Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat
Gempa bumi lemah 3.1 gegar perairan Batu Pahat
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
Cadangan Audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet: Anwar
Zahid sokong siasatan Tabung Haji selepas 2017
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri