Ketua Perangkawan Malaysia, Dr Mohd Uzir Mahidin.
Indeks Harga Pengeluar (IHP) Malaysia untuk bulan Ogos 2025 mencatatkan penurunan tahun ke tahun sebanyak 2.8 peratus, susulan daripada penurunan 3.8 peratus pada bulan Julai.
Penurunan ini banyak disumbangkan oleh prestasi sektor pembuatan dan perlombongan, menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Mohd Uzir Mahidin.
“Penurunan pada Ogos 2025 disumbangkan terutamanya oleh sektor pembuatan yang mencatatkan penurunan 4.0 peratus, dipengaruhi oleh indeks pembuatan kok dan produk petroleum bertapis serta pembuatan komputer,” kata Mohd Uzir.
Sektor perlombongan turut menyaksikan penurunan 3.4 peratus berikutan harga pengekstrakan petroleum mentah yang lebih rendah.
Bagaimanapun, terdapat sedikit sinar dalam laporan ini apabila sektor pertanian, perhutanan dan perikanan melonjak 7.3 peratus, didorong terutamanya oleh penanaman tanaman kekal.
Sektor utiliti seperti bekalan elektrik dan air juga mencatatkan kenaikan masing-masing sebanyak 4.1 peratus dan 3.4 peratus.
Dari sudut bulanan, IHP Pengeluaran Tempatan meningkat marginal sebanyak 0.1 peratus. Sektor pertanian dan utiliti sekali lagi mempamerkan prestasi kukuh dengan kenaikan bulanan.
Bagaimanapun, sektor perlombongan dan pembuatan terus menunjukkan trend menurun.
“Purata harga minyak sawit mentah Malaysia adalah RM4,329.00 per tan pada Ogos 2025, meningkat daripada bulan sebelumnya disokong oleh permintaan kukuh,” kata Mohd Uzir mengulas tentang harga komoditi.
Sebaliknya, harga minyak mentah Brent menunjukkan penurunan kepada AS$68.20 setong.
Dari perspektif global, trend IHP adalah bercampur-campur.
Amerika Syarikat dan Jepun mencatatkan kenaikan, manakala China dan Thailand terus mengalami deflasi pengeluar, dengan China sudah berada dalam fasa penurunan selama 35 bulan berturut-turut.
Prestasi Thailand yang turun 3.5 peratus adalah selari dengan trend menurun yang turut dialami oleh Malaysia.
MCMC siasat hantaran 3R hina Tuanku Muhriz
Isu eFishery: KWAP masih kukuh, Tengku Zafrul sifatkan dakwaan bankrap sebagai ‘auta’
NADI sasar jadi pusat lahirkan pakar AI luar bandar: MCMC
Kementerian kurangkan latihan di hotel ambil langkah berhemah berbelanja: Fahmi
Perbicaraan Vivy Yusof: Saksi beritahu RM8 juta masuk dipindahkan ke akaun lain
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang