Indeks Kebahagiaan naik 81 peratus: Ipsos

March 19, 2026 · Isu semasa

Tahap kebahagiaan rakyat Malaysia menunjukkan peningkatan memberangsangkan apabila Indeks Kebahagiaan negara ini naik kepada 81 peratus pada tahun 2026, berbanding 76 peratus tahun sebelumnya.

Menurut kajian terbaharu oleh Ipsos, lonjakan lima mata itu mencerminkan sentimen positif yang semakin kukuh dalam kalangan rakyat, meskipun dunia berdepan ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik.

Pengarah Urusan Ipsos Malaysia, Arun Menon, berkata faktor hubungan sosial memainkan peranan besar dalam mendorong kesejahteraan rakyat di negara ini.

“Rasa dihargai dan disayangi muncul sebagai pemangkin kebahagiaan paling kuat, diikuti oleh hubungan dengan keluarga dan anak-anak, sekali gus menekankan kepentingan semangat kekitaan dalam masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.

Kajian tersebut turut menunjukkan Malaysia berada dalam kelompok negara dengan tahap kebahagiaan yang tinggi di peringkat global. Ini disumbang oleh budaya masyarakat yang rapat serta sokongan komuniti yang masih utuh.

Namun begitu, isu kewangan peribadi masih menjadi cabaran utama yang menjejaskan kebahagiaan. Antara kebimbangan utama termasuk kos perumahan, keadaan tempat tinggal dan tekanan berkaitan pekerjaan.

Pada masa sama, tahap pendapatan didapati mempunyai kaitan langsung dengan kebahagiaan.

Seramai 87 peratus responden berpendapatan tinggi melaporkan tahap kepuasan hidup yang lebih baik berbanding golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

Menon menjelaskan bahawa walaupun tekanan ekonomi tidak dapat dielakkan, kekuatan hubungan sosial menjadi faktor penting yang membantu rakyat Malaysia kekal tabah.

“Walaupun kebimbangan terhadap kewangan adalah isu sejagat, sokongan daripada keluarga dan komuniti terus menjadi asas utama kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya.

Untuk rekod, Indeks Kebahagiaan Ipsos merupakan kajian global tahunan yang mengukur tahap kesejahteraan subjektif masyarakat di pelbagai negara.

Tinjauan bagi tahun 2026 dijalankan antara 24 Disember 2025 hingga 9 Januari 2026, melibatkan 501 responden dewasa di Malaysia sebagai sebahagian daripada lebih 23,000 peserta di seluruh dunia.

Berita berkaitan
Perjanjian damai AS-Iran belum mampu pulihkan pasaran serta-merta: Akmal
June 15, 2026· Isu semasa
Inflasi dijangka kekal terkawal tahun ini: Akmal Nasrullah
June 15, 2026· Isu semasa
Kerajaan Pulau Pinang sokong PRU-16 tidak diawalkan, fokus isu ekonomi negara
June 6, 2026· Politik
Kerajaan kaji semula perbelanjaan susulan krisis global: Akmal Nasrullah
May 31, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RTM ambil langkah sekat akses VPN ke RTMKLIK
1 jam lalu · Isu semasa
Anwar berlepas ke Rusia sertai Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN
2 jam lalu · Isu semasa
Onn Hafiz ubah jadual untuk hadir ke majlis bersama Loke
8 jam lalu · Isu semasa
Pelatih silat mengaku tidak bersalah hina institusi Agong
8 jam lalu · Isu semasa
Bekas pegawai NGO berdepan kes rasuah RM98 juta, 2 jam baca 158 pertuduhan
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
23 jam lalu
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok