Injunksi terhadap Telegram bagi mengelak penyebaran kandungan mudarat: MCMC

October 31, 2025 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah injunksi bagi menyekat penyebaran kandungan berbahaya di platform Telegram, sekali gus memerintahkan penutupan saluran ‘Edisi Siasat’ dan ‘Edisi Khas’.

Keputusan ini diperoleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam langkah proaktif untuk melindungi ketenteraman awam dan ekosistem digital negara.

“Keputusan ini merupakan langkah penting dalam usaha berterusan MCMC untuk memastikan ekosistem digital negara kekal selamat, bertanggungjawab serta selaras dengan kepentingan awam,” menurut kenyataan MCMC.

Perintah Erinford tersebut, yang diluluskan sementara menunggu perbicaraan rayuan, secara khusus melarang sebarang siaran kandungan palsu, mengelirukan, bersifat hasutan, atau bahan yang boleh menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap institusi awam.

Mahkamah turut mengarahkan penutupan mana-mana saluran lain yang mempunyai persamaan dari segi kandungan atau modus operandi dengan kedua-dua saluran terbabit.

Dalam keputusannya, mahkamah menegaskan kepentingan awam mengatasi kepentingan peribadi.

Hakim memutuskan bahawa keseimbangan keadilan jelas memihak kepada MCMC, memandangkan potensi kemudaratan terhadap institusi negara dan ketenteraman awam adalah jauh lebih besar berbanding kesan terhadap Telegram.

Mahkamah turut mengingatkan penyedia platform luar negara seperti Telegram perlu peka dan menghormati konteks perlembagaan serta struktur sosial unik Malaysia, walaupun mereka mungkin tidak memahaminya sepenuhnya.

Langkah ini dilihat sebagai satu pengisytiharan jelas penyebaran kandungan yang boleh memecahbelahkan masyarakat dan menjejaskan kestabilan negara tidak akan dibiarkan berleluasa.

Berita berkaitan
MCMC diminta sekat jualan dadah dalam talian: Fahmi
12 jam lalu· Isu semasa
Zahid, Fahmi akan bawa isu PKD-NADI ke Kabinet sebulan lagi
14 jam lalu· Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
September 4, 2026· Isu semasa
iQIYI turunkan 6 episod Madu atau Racun, baki enam lagi ditangguhkan
September 2, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kad UNHCR bukan lesen langgar undang-undang Imigresen
5 jam lalu · Isu semasa
Zahid nafi KKDW terlebih belanja projek jalan luar bandar
14 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin teruk, KPM benarkan anak tak ke sekolah
14 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan penamatan darurat di Serian hari ini: PMO
15 jam lalu · Isu semasa
Bekas Pengarah FELDA direman SPRM berhubung projek dan penjualan tanah
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok