Insentif RM1,000 untuk petugas NADI sempena Aidilfitri: Fahmi

March 7, 2026 · Isu semasa

Kerajaan mengumumkan pemberian insentif khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada 2,196 Pengurus dan Penolong Pengurus di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara sebagai tanda penghargaan terhadap peranan mereka dalam membantu komuniti.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, sumbangan sekali beri itu merupakan yang pertama kali diberikan kepada petugas NADI, yang selama ini tidak pernah menerima insentif khas sempena Aidilfitri atau mana-mana perayaan.

Beliau berkata golongan berkenaan memainkan peranan besar dalam membantu masyarakat setempat, khususnya dalam aspek digital, pendidikan dan keusahawanan.

“Sebelum ini mereka tidak pernah menerima apa-apa sempena Aidilfitri ataupun festival lain. Jadi saya rasa penting untuk kita menghargai mereka yang bekerja enam hari seminggu untuk komuniti,” katanya selepas merasmikan Bazar Raya NADI di Projek Perumahan Rakyat Kerinchi di ibu negara hari ini.

Menurutnya, petugas NADI bukan sahaja menguruskan operasi pusat berkenaan, malah sering menjadi rujukan kepada penduduk setempat.

“Mereka ini kadang-kadang menjadi pengasuh kepada anak-anak di komuniti NADI, pada masa sama menjadi cikgu dan rujukan kepada usahawan, selain menjalankan pelbagai khidmat komuniti di premis NADI,” katanya.

NADI diwujudkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi memperluas akses digital dan meningkatkan literasi teknologi dalam kalangan masyarakat, khususnya di kawasan luar bandar dan komuniti berpendapatan rendah.

Sehingga kini, terdapat 1,098 pusat NADI yang beroperasi di seluruh negara, menyediakan pelbagai program termasuk latihan kemahiran digital, sokongan kepada usahawan kecil serta aktiviti komuniti.

Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata semua pusat NADI akan menganjurkan Bazar Raya secara serentak pada 14 Mac ini bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri di peringkat komuniti.

Katanya, bazar tersebut turut melibatkan penyertaan beberapa agensi kerajaan termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan dan Lembaga Pertubuhan Peladang.

“Inisiatif ini bukan sahaja memeriahkan sambutan Aidilfitri, malah membuka peluang kepada usahawan tempatan mempromosikan produk mereka dan seterusnya merancakkan ekonomi komuniti,” katanya.

Berita berkaitan
Salah faham isu dakwaan diesel dihantar ke Filipina: Fahmi
15 jam lalu· Isu semasa
Love Scam: RM6.6 juta lesap untuk tempoh 3 bulan tahun ini
April 12, 2026· Isu semasa
Anwar tak layan cabaran Rafizi, fokus tangani isu rakyat
April 10, 2026· Politik
Jurubahasa isyarat RTM meninggal dunia, Fahmi zahir ucapan takziah
April 10, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Harga minyak boleh naik hingga AS$150 setong jika konflik berlarutan
10 jam lalu · Isu semasa
Kapal Malaysia tersekat di Selat Hormuz dikepung tentera AS: Mohamad Hasan
10 jam lalu · Isu semasa
Isu stesen minyak kehabisan bekalan, Loke nafi negara berdepan krisis bahan api
10 jam lalu · Isu semasa
Kawalan ketat SPRM semasa program Azam Baki, elak kekecohan berulang
10 jam lalu · Isu semasa
PMX umum peruntukan RM2 juta untuk Akademi Sepak Takraw
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok