Insiden Kg Sungai Baru: Polis selesai siasatan, lapan individu bakal dituduh

September 19, 2025 · Isu semasa

Polis telah menyelesaikan siasatan berhubung insiden kekecohan dan serangan terhadap Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, yang berlaku semasa operasi pengosongan di Kampung Sungai Baru pada 11 September lalu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohamed Usuf Jan Mohamad, mengesahkan kertas siasatan akan dihantar semula kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) petang ini untuk proses pendakwaan dan pihak polis telah mencadangkan supaya pertuduhan dikenakan terhadap semua individu yang ditahan dalam kes tersebut.

“Kertas siasatan itu dikembalikan semula dengan beberapa arahan lanjut dan akan dirujuk kembali kepada TPR jam 3.30 petang ini.

“Kita akan cadangkan pertuduhan bagi semua individu yang ditahan. Secara keseluruhan, lapan individu ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis selepas tamat reman,” katanya dalam satu kenyataan.

Insiden itu berlaku semasa operasi pengosongan bangunan yang diketuai oleh bailif mahkamah.

Media sebelum ini melaporkan tujuh suspek awal, yang dipercayai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), telah ditahan atas tuduhan provokasi dan mencederakan pegawai polis.

Seorang lagi individu, Ketua PAS Sungai Buloh, Zaharuddin Muhammad, kemudiannya turut ditahan bagi membantu siasatan bawah Seksyen 186, 353, dan 324 Kanun Keseksaan yang melibatkan halangan tugas awam dan keganasan.

Mohamed Usuf Jan menambah bahawa sebanyak 67 orang telah diambil keterangan sebagai saksi, termasuk 52 anggota polis, empat pengadu, tiga pegawai mahkamah, serta anggota APM dan pegawai perubatan HKL.

“Selain itu, seorang peguam, wakil penduduk, pengarah syarikat serta wanita yang juga penjaga kepada salah seorang yang ditangkap,” jelasnya.

Operasi pengosongan itu adalah berikutan arahan mahkamah untuk merobohkan struktur rumah di kawasan berkenaan, yang proses pengambilalihan tanahnya telah bermula sejak 2016.

Berita berkaitan
Saksi penting dalang komplot jatuhkan kerajaan berada di luar negara: Polis
6 jam lalu· Isu semasa
Anggota perisik PGA direman bantu siasatan kes tembak Komander AKPS
March 12, 2026· Isu semasa
MP DAP gesa tindakan tegas berhubung isu hina simbol agama
March 10, 2026· Isu semasa
Mufti Perlis bimbang pengaruh gerakan Hindutva menular, punca provokasi kaum
March 10, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
2,257 pengarah syarikat gagal bayar caruman disekat ke luar negara
6 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak kekal stabil walaupun berdepan konflik Asia Barat
6 jam lalu · Isu semasa
Stok beras dipertingkat hingga 9 bulan, bekalan mencukupi: Mohamad
6 jam lalu · Isu semasa
Politik stabil tarik minat pelabur asing ke Malaysia
6 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan kaji semula kerja dari rumah bagi penjawat awam, langkah berjimat
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok