Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan memperkasakan pendidikan kekeluargaan sebagai asas pembinaan negara, sambil mengingatkan pembangunan ekonomi tidak boleh mengabaikan peranan institusi keluarga dalam membentuk nilai masyarakat.
Menurut Perdana Menteri, pembentukan akhlak dan nilai murni mesti bermula dari rumah melalui didikan awal ibu bapa.
“Dalam kita sibuk mencari dana dan membina kekuatan negara dengan kecanggihan teknologi serta kemudahan baharu, jangan kita abaikan asas pendidikan keluarga serta kasih sayang sebagai pangkal kekuatan negara,” katanya dalam ucapan ketika pelancaran Dasar Kasih Keluarga Negara (DKKN) hari ini.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri, dan Menteri Besar Perak Saarani Mohamad.
Anwar turut menekankan keamanan serta tadbir urus yang bersih menjadi syarat utama untuk memastikan prestasi ekonomi negara terus kukuh.
Katanya, amalan rasuah dan penyelewengan perlu dihentikan sepenuhnya bagi membolehkan negara mencapai potensi sebenar.
“Malaysia mempunyai potensi ekonomi yang sangat baik. Kita mampu bangkit dan menjadi antara yang terbaik jika perpaduan terus dipertahankan,” ujarnya.
Pelancaran DKKN mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan keluarga kekal kukuh, berdaya tahan dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.
Dasar ini menumpukan kepada pengukuhan institusi perkahwinan, peningkatan kualiti keibubapaan serta pengukuhan perancangan keluarga bagi melahirkan generasi yang lebih seimbang dari segi emosi dan sosial.
Anwar menegaskan, kekuatan negara bukan hanya diukur melalui kemajuan fizikal dan ekonomi, tetapi juga melalui keutuhan keluarga dan perpaduan masyarakat.
“Jika asas keluarga kuat, negara juga akan jadi lebih stabil dan maju,” katanya.
Harga minyak boleh naik hingga AS$150 setong jika konflik berlarutan
Kapal Malaysia tersekat di Selat Hormuz dikepung tentera AS: Mohamad Hasan
Isu stesen minyak kehabisan bekalan, Loke nafi negara berdepan krisis bahan api
Kawalan ketat SPRM semasa program Azam Baki, elak kekecohan berulang
Lebih 200,000 penjawat awam mula kerja dari rumah esok
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan