Isi RON95: Pemilik kenderaan asing juga bakal dikenakan tindakan

January 29, 2026 · Isu semasa

Pemilik dan pemandu kenderaan berdaftar asing bakal berdepan tindakan undang-undang jika didapati membeli petrol RON95, susulan langkah kerajaan memperketat kawalan bagi mengekang ketirisan subsidi bahan api itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali berkata kementeriannya sedang merangka peraturan baharu di bawah Seksyen 6 Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi membolehkan tindakan diambil bukan sahaja terhadap stesen minyak, malah ke atas pembeli yang menggunakan kenderaan pendaftaran asing.

“Undang-undang sedia ada hanya membolehkan tindakan terhadap penjual.

“Dengan peraturan baharu ini, larangan akan meliputi pembelian, jadi pemilik atau pemandu kenderaan berdaftar asing juga boleh dikenakan tindakan,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menjelaskan, langkah itu penting kerana RON95 merupakan bahan api bersubsidi yang disasarkan untuk kegunaan rakyat Malaysia, terutama dalam konteks tekanan kos sara hidup dan keperluan memastikan wang negara tidak bocor ke pihak yang tidak layak.

Menurut Armizan, KPDN kini menjalankan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan dan menyasarkan peraturan tersebut dimuktamadkan serta dikuatkuasakan mulai 1 April ini, dengan tumpuan khusus di kawasan sempadan yang berisiko tinggi berlakunya ketirisan.

Isu penyalahgunaan subsidi RON95 sudah lama dibangkitkan, khususnya melibatkan kenderaan asing yang mengisi minyak di stesen berhampiran sempadan sebelum dibawa keluar negara.

Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada kerajaan, malah menjejaskan keberkesanan dasar subsidi bersasar.

KPDN turut mempergiat pemeriksaan berkala di stesen minyak bagi memastikan pematuhan larangan penjualan RON95 kepada kenderaan asing, termasuk penggunaan kad pengenalan.

Kawalan terhadap pembelian luar tangki juga diperketat dengan had maksimum 20 liter tanpa permit khas.

“Kita akan terus memperkasakan pemantauan melalui operasi bersepadu seperti Ops Tiris bersama PDRM, ATM, Kastam dan agensi sempadan lain bagi membanteras penyeludupan,” katanya, sambil menegaskan pendekatan keseluruhan negara menerusi inisiatif Kita Gempur akan terus diperkukuh.

Mengulas isu lain, Armizan berkata penambahbaikan Program Pengedaran Barangan Perlu kini melibatkan tender terbuka dan penggunaan teknologi bagi memastikan barangan sampai ke kawasan pedalaman tanpa ketirisan.

Berita berkaitan
Kerajaan susun semula perbelanjaan, perkhidmatan rakyat tidak terjejas: MOF
9 jam lalu· Isu semasa
Acara rasmi kerajaan dikecilkan, pastikan perbelanjaan berhemah: Fahmi
12 jam lalu· Isu semasa
Kos harga tenaga dijangka melonjak susulan krisis di Asia Barat: Bank Dunia
12 jam lalu· Isu semasa
Struktur ekonomi perlu disusun semula hadapi dunia tak menentu: PMX
April 27, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Peniaga lesap RM610,000 terjerat pelaburan palsu
13 jam lalu · Isu semasa
AGC tolak permohonan Namewee, kes dadah diteruskan: Laporan
13 jam lalu · Isu semasa
Projek RM1.1 bilion: Bekas pembantu Rafizi sambung beri keterangan esok
April 28, 2026 · Isu semasa
Krisis politik Negeri Sembilan: Persatuan peniaga bimbang ekonomi negeri terjejas
April 28, 2026 · Isu semasa
Seorang individu didenda RM30,000 hina institusi kehakiman di FB: MCMC
April 28, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok