Isu Ambalat bakal dibincang dalam Rundingan Tahunan di Jakarta: Fahmi

July 2, 2025 · Isu semasa

Malaysia akan membawa isu Ambalat, sebuah blok lautan di Laut Sulawesi yang berdepan pertikaian wilayah sempadan maritim semasa rundingan Tahunan Malaysia dan Indonesia yang dijangka berlangsung di Jakarta hujung bulan ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, memaklumkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan delegasinya akan ke Jakarta pada 29 Julai ini bagi menghadiri program terbabit yang kali terakhir diadakan pada 2017.

“Proses konsultasi tahunan ini kebiasaannya menjadi forum terbaik antara pemimpin kedua-dua negara menyatakan pandangan dan mencari hala tuju dalam sesuatu isu, manakala isu Ambalat bukan satu perkara baharu dan saya jangka ini akan menjadi perkara yang dibincangkan (kelak).

“Tapi seperti yang Perdana Menteri ada sebut, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan termasuk isu teknikal.

“Jadi kita menjangkakan perbincangan pada hujung Julai nanti adalah sebagai permulaan, bukan pengakhiran dalam isu terbabit,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabiner hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia itu adalah susulan kepada pertemuan Perdana Menteri dan Presiden Prabowo Subianto di Jakarta pada minggu lalu.

Katanya, pertemuan kedua-dua pemimpin itu berlangsung dalam suasana meriah, baik dan positif.

“Antara perkara dibincangkan adalah untuk memulakan semula perbincangan tahunan pimpinan kedua-dua negara.

“Jadi Perdana Menteri dan delegasi akan ke Jakarta pada 29 Julai ini untuk hadiri sesi konsultasi serta acara berkaitan sekretariat ASEAN,” katanya.

Ambalat adalah sebuah blok maritim yang kaya dengan sumber minyak dan gas, terletak di Laut Sulawesi, berhampiran pulau Borneo (Kalimantan).

Kawasan ini menjadi rebutan antara Malaysia dan Indonesia kerana potensi ekonominya yang besar serta isu kedaulatan.

Berita berkaitan
Isu eFishery: KWAP masih kukuh, Tengku Zafrul sifatkan dakwaan bankrap sebagai ‘auta’
4 jam lalu· Isu semasa
Kementerian kurangkan latihan di hotel ambil langkah berhemah berbelanja: Fahmi
7 jam lalu· Isu semasa
Kamil: Saya cuma ikut PM jalankan tugas rasmi, dakwa jadi mangsa fitnah
8 jam lalu· Politik
Pelaburan KWAP rugi RM200 juta perlu disiasat: PMX
13 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCMC siasat hantaran 3R hina Tuanku Muhriz
3 jam lalu · Isu semasa
NADI sasar jadi pusat lahirkan pakar AI luar bandar: MCMC
7 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Vivy Yusof: Saksi beritahu RM8 juta masuk dipindahkan ke akaun lain
8 jam lalu · Isu semasa
eFishery: Keputusan pelaburan KWAP dibuat panel profesional
9 jam lalu · Isu semasa
PH kecam khianat bahan kempen, seru politik sihat
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
July 18, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok