Isu eFishery: KWAP masih kukuh, Tengku Zafrul sifatkan dakwaan bankrap sebagai ‘auta’

July 20, 2026 · Isu semasa

Dakwaan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) hampir bankrap susulan pelaburannya dalam syarikat teknologi akuakultur Indonesia, eFishery disifatkan tidak berasas, malah bayaran pencen penjawat awam kekal terjamin.

Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, tanggungjawab kerajaan membayar pencen tidak terjejas walaupun KWAP berdepan kerugian daripada pelaburan berkenaan.

Menurutnya, berdasarkan penyata kewangan yang diaudit bagi tahun 2024, KWAP merekodkan pendapatan pelaburan sekitar RM18 bilion, manakala nilai pelaburan dalam eFishery hanyalah sebahagian kecil daripada jumlah tersebut.

“Keseluruhan pelaburan eFishery itu kurang satu peratus daripada pendapatan pelaburan KWAP pada tahun tersebut.

“Berdasarkan angka 2025 pula, keseluruhan dana KWAP bernilai RM195 bilion. Pelaburan eFishery itu kurang 0.1 peratus daripada keseluruhan dana. Jadi kononnya KWAP hampir bankrap dan pencen penjawat awam tidak dapat dibayar, itu bukan fakta tetapi auta,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Beliau turut menjelaskan KWAP berbeza dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana penjawat awam tidak mempunyai akaun simpanan individu yang akan terjejas secara langsung apabila sesuatu pelaburan mengalami kerugian.

Tengku Zafrul berkata, jumlah sebenar pelaburan KWAP dalam eFishery ialah RM163 juta, bukannya RM200 juta seperti didakwa sebelum ini.

“KWAP bukan melabur bersendirian. Pegangan sahamnya hanya 2.51 peratus sebagai pelabur minoriti, manakala selebihnya dimiliki pelabur lain.

“Tetapi jangan salah faham, RM163 juta tetap wang awam. Walaupun kecil berbanding keseluruhan dana, ia bukan boleh dipandang ringan. Setiap sen yang boleh diperoleh semula mesti dikejar,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan KWAP menjadi mangsa penipuan terancang membabitkan manipulasi laporan kewangan eFishery sehingga dana persaraan itu melabur dalam syarikat berkenaan.

Menurut Perdana Menteri, keputusan pelaburan dibuat mengikut proses penilaian dan tadbir urus yang ditetapkan berdasarkan maklumat yang tersedia pada ketika itu, termasuk penyata kewangan yang disahkan juruaudit antarabangsa.

Isu berkenaan menjadi perhatian selepas timbul pelbagai dakwaan di media sosial yang mengaitkan kerugian pelaburan itu dengan kedudukan kewangan KWAP serta kemampuan kerajaan membayar pencen penjawat awam.

Kerajaan dijangka memberi penjelasan lanjut mengenai perkara itu di Dewan Negara.

Berita berkaitan
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
9 jam lalu· Isu semasa
Eksport Malaysia ke AS melonjak 69.1 peratus, cecah RM282 bilion
11 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
October 27, 2026· Isu semasa
Dalang kapal bawa dadah RM785 juta dikenal pasti, polis buru suspek
October 25, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
October 28, 2026 · Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
1 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
1 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
1 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok