Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan

18 jam lalu · Politik

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi akan memastikan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim tidak diteruskan sekiranya langkah itu benar-benar sedang dipertimbangkan.

Ahmad Zahid berkata setakat ini belum menerima sebarang maklumat mengenai dakwaan UMNO Negeri Sembilan merancang membawa usul berkenaan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

“Saya tidak mendengar perkara itu akan dilakukan. Jika benar pun, saya akan menentukan supaya ia tidak berlaku,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Huffaz Nusantara Permata Al-Quran Kali Ke-10 di German-Malaysia Institute (GMI), hari ini.

Kenyataan itu hadir susulan laporan media yang mendakwa UMNO Negeri Sembilan sedang mempertimbangkan langkah mencabar kedudukan Ismail sebagai Menteri Besar.

Laporan Free Malaysia Today (FMT), yang memetik sumber tidak dinamakan, menyebut usul berkenaan mungkin dikemukakan oleh Ketua UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias, namun pelaksanaannya tertakluk kepada keputusan kepimpinan pusat UMNO.

Laporan itu turut menyebut kemungkinan rombakan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sekiranya langkah berkenaan diteruskan.

Bagaimanapun, Jalaluddin menafikan dakwaan itu dan menegaskan tiada sebarang perbincangan mengenai usul undi tidak percaya pernah diadakan.

Beliau turut menyatakan pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan ketika ini berjalan lancar tanpa sebarang krisis kepimpinan.

Ismail mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 2 Ogos lalu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) memenangi 18 kerusi, Pakatan Harapan (PH) memperoleh 11 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) memenangi tujuh kerusi.

Keputusan pilihan raya itu meletakkan BN sebagai parti dengan jumlah kerusi DUN terbanyak, diikuti PH dan PN.

Berita berkaitan
PN sasar lebih empat kerusi di Melaka hasil rundingan dengan UMNO: Tuan Ibrahim
October 9, 2026· Politik
Adly kritik Akmal, dakwa main sentimen kaum dan agama
October 9, 2026· Politik
Mat Sabu: Jadikan krisis Negeri Sembilan pengajaran buat pengundi PRN Melaka
October 9, 2026· Politik
PH umum calon PRN Melaka minggu depan
October 8, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
19 jam lalu · Politik
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
23 jam lalu · Politik
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
October 10, 2026 · Politik
Parlimen: 19 kes DNAA libatkan 12 ahli politik sejak 2010
October 9, 2026 · Politik
Kemelut Exco: MB Negeri Sembilan minta selesaikan satu-satu
October 8, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok