Premier Sarawak, Abang Johari Abang Openg.
Kerajaan Sarawak menyerahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk menentukan permohonan Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) yang memohon penjelasan berhubung kawal selia industri petroleum di negeri itu.
Premier Sarawak, Abang Johari Abang Openg, berkata perkara berkenaan melibatkan isu perundangan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, justeru mahkamah adalah platform paling tepat untuk memutuskan hala tuju dan penyelesaiannya.
“Saya tiada komen. Mereka berkehendakkan arahan atau ‘direction’ daripada mahkamah, jadi biarlah mahkamah yang menentukan,” katanya kepada media selepas Majlis Amanat Perdana 2026 Premier Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.
Menurut beliau, permohonan yang dibuat PETRONAS itu merupakan langkah biasa oleh mana-mana pihak yang mahukan kepastian dari sudut undang-undang, khususnya dalam isu yang menyentuh bidang kuasa serta kepentingan bersama.
“Biasalah, mungkin mereka minta arahan daripada mahkamah. Namun setakat ini, ia tidak memberi kesan yang besar,” katanya.
Abang Johari menegaskan kejelasan adalah perkara paling penting dalam isu berkenaan, dan semua pihak perlu berpandukan prinsip undang-undang yang sedia ada.
“Apa yang penting ialah clarity. Kita ada rule of law, jadi kita ikutlah,” ujarnya.
Mengulas kemungkinan hala tuju hubungan dan kerjasama antara PETRONAS dan Petroleum Sarawak Bhd (PETROS) selepas keputusan dibuat, beliau berkata perkara itu bergantung sepenuhnya kepada penghakiman mahkamah.
“Kita tunggu keputusan mahkamah. Dari situlah nanti ditentukan langkah seterusnya,” katanya.
Beliau menegaskan kerajaan Sarawak akan menghormati sepenuhnya proses perundangan dan menerima keputusan mahkamah sebagai panduan muktamad dalam mengurus serta mengawal selia sumber petroleum di negeri itu, selari dengan semangat tadbir urus yang jelas dan berlandaskan undang-undang.
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib