Isu saham Azam Baki: Siasatan perlu berasaskan fakta, bukan persepsi

February 24, 2026 · Isu semasa

Isu dakwaan pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, terus mencetuskan perdebatan awam apabila timbul gesaan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata sebarang tuntutan untuk menubuhkan RCI perlu berasaskan bukti kukuh dan bukannya dakwaan dengar cakap atau sangkaan semata-mata.

Menurut beliau, dalam negara yang menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang, setiap tindakan mesti berpaksikan fakta yang sahih.

“Saya menghormati sebarang cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja dan pada prinsipnya bersetuju bahawa kebenaran mesti ditegakkan melalui proses yang telus serta berlandaskan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Isu ini timbul selepas laporan media antarabangsa, termasuk Bloomberg, membangkitkan persoalan mengenai pemilikan saham tertentu yang dikaitkan dengan Azam.

Susulan itu, kerajaan mengumumkan penubuhan satu Jawatankuasa Khas Siasatan yang dipengerusikan Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar, bagi meneliti dakwaan berkenaan.

Kamil berkata, langkah menubuhkan jawatankuasa khas sehari selepas laporan tersebut diterbitkan menunjukkan kesediaan kerajaan untuk menyiasat isu berkenaan secara terbuka dan bertanggungjawab.

Beliau mengingatkan agar masyarakat tidak terperangkap dalam budaya “pre-emptive politics” yang mendahului proses siasatan rasmi.

“Kita tidak mahu mengulangi situasi terdahulu apabila desakan dibuat sebelum fakta lengkap diperoleh.

“Proses sedia ada seperti siasatan, inkuiri atau jawatankuasa khas mempunyai mandat untuk mengumpul keterangan secara menyeluruh dan membuat penilaian berasaskan fakta,” katanya.

Beliau turut menegaskan matlamat utama adalah memastikan keadilan ditegakkan berdasarkan bukti, bukan persepsi atau tekanan politik.

“Sekiranya bukti yang dikemukakan kelak menunjukkan keperluan kepada RCI, maka pertimbangan sewajarnya akan dibuat secara telus, bertanggungjawab dan berintegriti,” ujarnya.

Untuk rekod, SPRM merupakan agensi utama negara dalam usaha memerangi rasuah dan salah guna kuasa, justeru sebarang dakwaan melibatkan kepimpinan tertingginya dilihat memberi implikasi besar terhadap keyakinan awam dan integriti institusi berkenaan.

Berita berkaitan
MP Petaling Jaya undur diri dari kepimpinan pusat PKR
15 jam lalu· Politik
Kerajaan tak kompromi perangi rasuah, SPRM terus diperkasa
June 11, 2026· Isu semasa
Agong tarik balik gelaran ‘Tan Sri’ dianugerah kepada Isa Samad
June 11, 2026· Isu semasa
Kes aduan Albert Tei terhadap Azam ditutup, tiada tindakan lanjut: AGC
June 10, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
1.88 juta rakyat nikmati manfaat MySalam: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
J-KOM buat laporan polis terhadap Albert Tei buat kecoh di kementerian
June 11, 2026 · Isu semasa
Kadar pengangguran naik sedikit pada April: DOSM
June 11, 2026 · Isu semasa
Cucu dedah dakwa dirogol, warga emas direman enam hari
June 10, 2026 · Isu semasa
Malaysia teroka sumber minyak baharu, utamakan kesesuaian fasiliti tempatan
June 10, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok