Parti Rafizi mungkin terkubur awal jika terlalu idealistik – Puad

13 jam lalu · Politik

Parti Bersama berisiko gagal bertahan lama sekiranya terlalu idealistik dalam menentukan hala tuju politik tanpa mengambil kira realiti landskap politik negara.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd. Puad Zarkashi berkata, bukan mudah bagi sebuah parti baharu bergerak secara bersendirian kerana memerlukan kerjasama dengan parti lain untuk membina kekuatan politik.

Menurutnya, pendirian Bersama yang menolak politik identiti juga boleh menyukarkan parti itu mencari rakan kerjasama memandangkan kebanyakan parti politik utama negara mempunyai pendekatan politik sedemikian.

“Amat sukar untuk menjadi parti solo dalam konteks Malaysia. Kena cari rakan kongsi yang semuanya sudah terbabit dengan politik identiti.

“Kalau terlalu idealistik, Bersama mungkin akan tutup kedai lebih awal sebelum tamat satu generasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan Puad itu menyusul selepas Bersama menegaskan pendirian untuk terus menentang politik identiti yang dikaitkan dengan UMNO, PAS dan DAP meskipun gagal memperoleh sebarang kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu lalu.

Lebih mengecewakan, parti itu kehilangan wang deposit di 15 daripada 16 kerusi yang ditandinginya dalam pilihan raya berkenaan.

Pemimpin Bersama, Rafizi Ramli sebelum ini berkata, perjuangan membina parti itu sebagai wadah menentang politik identiti perlu dinilai dalam tempoh satu generasi dan tidak boleh diukur berdasarkan keputusan pilihan raya semata-mata.

Bagaimanapun, Puad berpandangan Bersama masih belum mempunyai isu atau tawaran politik yang mampu menarik perhatian rakyat sehingga mendorong pengundi mengubah sokongan.

Beliau turut menyifatkan parti itu terlalu bergantung kepada pengaruh Rafizi tanpa kekuatan isu yang mampu membina hubungan emosi dengan pengundi.

“Sebenarnya Bersama ketandusan isu yang boleh memikat emosi rakyat. Isu yang dibawa Bersama tidak melekat kepada emosi dan imaginasi rakyat untuk melakukan ‘swing’,” katanya.

Dalam masa sama, Puad turut mempersoalkan kenyataan Rafizi yang menyifatkan PKR bermula daripada kosong dengan mengingatkan parti itu mendapat sokongan beberapa tokoh politik berpengaruh ketika penubuhannya.

Katanya, PKR bukan bergerak tanpa sokongan kerana turut disertai bekas pemimpin yang mempunyai pengikut setia, selain menjalinkan kerjasama dengan DAP untuk mengukuhkan kedudukan politiknya.

“Rafizi mendabik dada, kononnya dia antara yang terawal menghidupkan PKR. Ia bermula dengan kosong.

“Tapi dia lupa, PKR didukung ramai tokoh bekas pemimpin yang ada pengikut setia. Ketika itu PKR juga bergabung dengan DAP untuk menapak naik,” katanya.

Berita berkaitan
Pantun ‘kencing’ Mat Maslan makan diri, bukankah UMNO juga dalam kerajaan?
1 jam lalu· Politik
Anwar: Kerajaan masih stabil, jangan layan spekulasi liar
1 jam lalu· Politik
Zambry umum Ismail Lasim letak jawatan MB Negeri Sembilan
1 jam lalu· Politik
Kalah PRN Melaka bukan pengakhiran perjuangan: Mohamad Sabu
10 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PAS sedia runding kerusi DUN Terengganu dengan BN: Samsuri
10 jam lalu · Politik
PAS tiada sebab serah jawatan PM kepada UMNO – Kadir Jasin
13 jam lalu · Politik
Tindakan Timbalan Speaker bahas Belanjawan 2027 cetus bantahan MP
14 jam lalu · Politik
MP Pasir Gudang disiasat berhubung sajak ‘Patik Tak Rela’ kritik isu Najib
14 jam lalu · Politik
Menang besar Melaka, BN tidak mahu terburu-buru adakan PRN di negeri lain: Zahid
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Pilihan Agenda Daily | 16 November 2026
9 jam lalu
[VIDEO] Jangan pandang rendah kemampuan anak muda: Mukhlis
November 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok