Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki sudah memberi keterangan kepada jawatankuasa khas berhubung isu pemilikan saham yang menjadi perhatian umum sejak beberapa minggu lalu.
Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, berkata jawatankuasa berkenaan bersidang pada 19 Februari dan sedang meneliti aspek pematuhan serta keteraturan pegangan saham tersebut.
“Jawatankuasa masih dalam proses menilai semua keterangan yang diperoleh dan akan memanggil saksi lain bagi melengkapkan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menegaskan siasatan dijalankan secara telus, bebas dan profesional sebelum sebarang syor dikemukakan kepada pihak berkuasa.
Isu ini tercetus selepas laporan Bloomberg mendakwa Azam memiliki saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan dokumen pemfailan korporat.
Azam sebelum ini menjelaskan bahawa pegangan saham bernilai kira-kira RM800,000 itu dibuat mengikut prosedur dan secara terbuka.
Kontroversi melibatkan pegawai kanan penguat kuasa bukan perkara baharu dalam landskap pentadbiran negara.
Dalam perkembangan berkaitan, Azam telah memfailkan saman terhadap Bloomberg berhubung laporan yang didakwa berunsur fitnah.
Beliau menuntut ganti rugi RM100 juta serta ganti rugi lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim, berkata tindakan saman itu bukan intimidasi terhadap media.
“Prinsip kedaulatan undang-undang mesti dihormati. Jika laporan mengandungi elemen tidak tepat atau mengelirukan, tindakan mahkamah adalah saluran sah untuk menentukan kebenaran,” katanya.
Beliau turut mengingatkan kebebasan media perlu diseimbangkan dengan tanggungjawab semakan fakta dan pelaporan adil, sambil menegaskan integriti institusi penguat kuasa wajar dipertahankan sehingga proses perundangan selesai.
1.88 juta rakyat nikmati manfaat MySalam: Fahmi
J-KOM buat laporan polis terhadap Albert Tei buat kecoh di kementerian
Kadar pengangguran naik sedikit pada April: DOSM
Cucu dedah dakwa dirogol, warga emas direman enam hari
Malaysia teroka sumber minyak baharu, utamakan kesesuaian fasiliti tempatan
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi