Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan terhadap laporan dalam talian China Press.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memanggil ketua pengarang akhbar berbahasa Cina, China Press, susulan kontroversi melibatkan dakwaan kesilapan terjemahan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang tular di media sosial.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata telah mengarahkan kementeriannya supaya meneliti isu berkenaan secara menyeluruh bagi memastikan fakta sebenar dikenal pasti dan tindakan sewajarnya dapat diambil mengikut undang-undang.
Menurutnya, siasatan itu penting bagi mengelakkan kekeliruan awam dan ketegangan antara kaum terus merebak.
“Saya minta MCMC untuk terus kendalikan siasatan dan juga memanggil ketua pengarang media tersebut. Justeru, kita tunggu hasil siasatan penuh yang akan diperoleh kelak,” katanya dipetik laporan media.
Isu itu tercetus apabila China Press memuat naik satu hantaran di Facebook yang melaporkan titah Sultan Ibrahim dengan tajuk yang membawa maksud ‘tidak tahu bahasa Melayu, jangan duduk Malaysia’.
Hantaran berkenaan kemudian disunting kepada versi lain, iaitu ‘kalau ada yang tidak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia’, selepas menerima kritikan orang ramai yang mendakwa terjemahan awal mengelirukan dan terlalu keras.
Dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum dan bahasa, isu berkaitan bahasa kebangsaan sering menjadi sensitif kerana ia menyentuh soal identiti nasional dan keharmonian sosial.
Titah Raja-raja Melayu pula lazimnya diberi perhatian tinggi dan perlu dilaporkan dengan tepat tanpa menimbulkan tafsiran yang boleh mencetuskan salah faham.
Sementara itu, Fahmi turut mengulas isu berasingan melibatkan bekas wartawan FMT, Rex Tan, dan meminta orang ramai supaya tidak terburu-buru menghukum mana-mana pihak.
“Jangan kita berlebih-lebihan dalam menghukum orang. Biar polis lakukan siasatan kerana itu adalah bidang kuasa mereka berdasarkan undang-undang,” katanya.
Beliau menambah, video tular berkaitan isu tersebut bukan diterbitkan oleh organisasi media, sebaliknya dihasilkan oleh orang awam dan disebarkan dengan gambaran yang mengelirukan, termasuk penggunaan perkataan yang tidak selari dengan soalan sebenar wartawan.
Fahmi menegaskan pihak yang menyebarkan kandungan bagi mengapi-apikan sentimen juga wajar disiasat secara adil demi menjaga keharmonian negara.
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
Isu premis tutup solat Jumaat, Anwar tidak setuju kenyataan Ahli Parlimen
GST belum sesuai dilaksana, kerajaan kekal SST: MOF
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib