Isu Zamri digari di mahkamah, Ketua Polis jelaskan prosedur

March 19, 2026 · Isu semasa

indakan membawa pendakwah bebas, Zamri Vinoth ke mahkamah dalam keadaan bergari baru-baru ini menimbulkan persoalan orang ramai, namun pihak polis menegaskan ia dilakukan mengikut prosedur undang-undang yang sah.

Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail berkata, langkah itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana ia bergantung kepada jenis kesalahan serta peringkat siasatan yang sedang dijalankan.

Menurutnya, kes melibatkan Zamri bukan hanya satu, malah merangkumi beberapa siasatan di bawah peruntukan undang-undang berbeza.

“Kesalahan yang kita siasat berbeza-beza. Ada yang boleh dijamin dan ada yang tidak, terutama pada fasa awal tangkapan yang melibatkan kes di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan,” katanya semasa sidang media.

Beliau turut menjelaskan terdapat juga siasatan di bawah Akta Hasutan, yang memerlukan pendekatan prosedur berbeza, sekali gus menyebabkan tindakan terhadap individu terlibat tidak seragam.

Isu Zamri menjadi perhatian selepas beliau bersama dua lagi individu, termasuk seorang aktivis, dihadapkan ke beberapa mahkamah di negeri berbeza pada Selasa lalu atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan kegentaran awam.

Zamri, 42, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, manakala seorang lagi aktivis dihadapkan di Mahkamah Majistret Jawi.

Seorang pemandu e-hailing pula didakwa di Mahkamah Majistret Seremban dan dijatuhi denda RM4,000 selepas mengaku bersalah.

Kedua-dua Zamri dan aktivis terbabit bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan.

Menurut Mohd Khalid, kekeliruan yang timbul dalam kalangan masyarakat berhubung tindakan menggari suspek mungkin berpunca daripada perbezaan prosedur mengikut jenis kes.

“Apa yang penting, semua tindakan diambil berdasarkan undang-undang dan merupakan amalan biasa dalam sistem perundangan negara,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, polis turut memaklumkan seorang lagi aktivis, Tamim Dahri, dipercayai berada di Tanah Suci ketika ini dan akan dikenakan tindakan sebaik sahaja pulang ke negara ini.

Sebelum ini, Tamim dilaporkan akan didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana disyaki merosakkan simbol keagamaan di sebuah tapak kuil di Langkawi.

Berita berkaitan
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
November 22, 2026· Isu semasa
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
November 22, 2026· Isu semasa
Pelajar maut di Ipoh, KPM tidak kompromi jika wujud kecuaian
November 19, 2026· Isu semasa
Lelaki maut selepas berbalas tembakan dengan polis: Bernama
November 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
6 jam lalu · Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
7 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
8 jam lalu · Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
8 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
7 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok