J-KOM buat laporan polis terhadap Albert Tei buat kecoh di kementerian

June 11, 2026 · Isu semasa

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) pada Khamis membuat laporan polis terhadap pemberi rasuah, Albert Tei, susulan dakwaan tindakannya mengganggu operasi di Kementerian Komunikasi melalui beberapa siri perhimpunan yang diadakan sejak bulan lalu.

Ketua Pengarah J-KOM, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata laporan itu dibuat selepas Tei didakwa telah beberapa kali mengadakan perhimpunan di hadapan Menara Komunikasi sehingga menjejaskan kelancaran tugas penjawat awam di kementerian berkenaan.

Menurut beliau, individu terbabit dilaporkan telah berhimpun sebanyak empat kali di lokasi tersebut, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap suasana kerja dalam kalangan kakitangan kerajaan.

“Laporan polis itu dibuat memandangkan beliau sudah empat kali berhimpun di depan Menara Komunikasi. Tindakan berhimpun di situ memberi isyarat yang tidak baik, terutamanya mengganggu beribu-ribu penjawat awam yang sedang menjalankan tugas,” katanya kepada media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Mohd Hisyamuddin berkata, laporan berkenaan dibuat mengikut beberapa peruntukan undang-undang, termasuk Seksyen 186 Kanun Keseksaan berkaitan menghalang tugas penjawat awam, Seksyen 504 Kanun Keseksaan berhubung provokasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 atas dakwaan menghina penjawat awam.

Beliau turut memaklumkan J-KOM akan mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung dakwaan penyalahgunaan kemudahan komunikasi bagi tujuan gangguan dan provokasi.

Katanya, laporan itu akan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan kesalahan menggunakan rangkaian komunikasi atau perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar.

“Tindakan ini bertujuan membolehkan siasatan dijalankan secara adil oleh pihak berkuasa. Kita minta pihak polis menjalankan siasatan. Jika ada kesalahan, ambil tindakan dan jika sebaliknya, biarlah siasatan menentukan,” katanya.

Kontroversi itu tercetus selepas Tei bersama sekumpulan individu mengadakan bantahan duduk di lobi Kementerian Komunikasi bagi membantah tindakan yang didakwa menyekat akaun TikTok miliknya.

Mengulas isu itu, Mohd Hisyamuddin menegaskan setiap platform media sosial mempunyai garis panduan dan prosedur tersendiri yang perlu dipatuhi oleh pengguna sebelum sesuatu tindakan diambil terhadap akaun mereka.

“Kalau di situ dah tak lepas, jangan terus salahkan pihak kementerian atau MCMC. Kena siasat dahulu,” katanya.

Berita berkaitan
Kempen Internet Selamat fokus penguatkuasaan keselamatan digital: Fahmi
24 jam lalu· Isu semasa
Industri kreatif sumbang RM130.7 bilion kepada ekonomi negara
24 jam lalu· Isu semasa
Pengurangan duti hiburan bukan galak hedonisme, jana ekonomi kreatif: Fahmi
October 29, 2026· Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
October 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2027, perbahasan masuk fasa kedua
5 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana dadah
October 29, 2026 · Isu semasa
Shuhaily kembali ke PDRM, jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong: Saifuddin Nasution
October 29, 2026 · Isu semasa
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
October 28, 2026 · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
October 28, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok