Jangan hidupkan permusuhan atas nama kaum atau agama, titah Agong

June 27, 2025 · Isu semasa

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah agar tidak menghidupkan permusuhan menggunakan kaum dan agama sehingga boleh memecahkan keharmonian serta keamanan negara.

Baginda bertitah menggesa agar memelihara Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan nilai-nilai bersama seperti keadilan kuasa tanggungjawab dan muafakat.

“Suka saya ingatkan kepada para pemimpin masyarakat supaya tidak mempolitikkan agama Islam untuk kepentingan peribadi, tetapi mengislamkan politik demi kepentingan negara.

“Ini bermaksud urus tadbir kerajaan mesti mengikut landasan syariat Islam bukannya mengikut fahaman sekular atau liberal,” titah baginda sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2025 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim; Perdana Menteri, Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Sultan Ibrahim bertitah, Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna mencukupi seluruh aspek kehidupan.

Justeru baginda bertitah, jangan ada pihak yang menunggang agama, untuk kepentingan parti politik mereka atau menyebarkan fitnah kebencian yang akan memecah belahkan masyarakat.

“Sejak dulu saya sentiasa tegaskan pentas dakwah dan medan pengajaran agama Islam tidak wajar dijadikan tempat untuk agenda parti politik.

“Marilah kita menjaga kesucian agama Islam dan membentuk penyatuan ummah yang harmoni, kerana Islam adalah agama persaudaraan dan perdamaian,” titah baginda.

Terdahulu baginda bertitah, peristiwa hijrah, Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah adalah sejarah permulaan tamadun Islam yang sangat besar maknanya.

Titah baginda, Rasulullah SAW telah memberikan contoh dan cara pemerintahan Islam yang sebenar sehingga berjaya menyatukan masyarakat Madinah berbeza suku kaum dan agama.

“Oleh itu saya meyeru kepada semua umat Islam supaya memahami tanggungjawab untuk membina tamadun berteraskan nilai-niali Islam bukan sekadar pembangunan fizikal sahaja,” titah baginda.

 

Berita berkaitan
Agong, Raja Permaisuri ucap Selamat Hari Kebangsaan ke-69
August 31, 2026· Isu semasa
Agong harap Sambutan Hari Kebangsaan esok berjalan lancar
August 30, 2026· Isu semasa
Anwar: Lepas TH, Agong titah bongkar Felda
August 15, 2026· Politik
Lesen judi Kedah: Kalah di mahkamah, kenapa Putrajaya pula dipersalahkan PAS?
August 13, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Baja lambat sampai, Anwar arah SPRM siasat
September 6, 2026 · Isu semasa
Mufti Wilayah ingatkan bahaya istilah ‘menunggang agama’
1 jam lalu · Isu semasa
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
September 5, 2026 · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
September 4, 2026 · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
September 4, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok