Jejak RM203 juta: Dana skandal saham dikesan ke luar negara

April 12, 2026 · Isu semasa

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap skandal urus niaga saham yang menyebabkan kerugian lebih RM300 juta kepada dana awam kini membawa kepada penemuan aliran wang ke luar negara berjumlah kira-kira RM203.65 juta.

Menurut sumber dipetik laporan portal BH, dana itu dipercayai dipindahkan ke sebuah syarikat pelaburan yang berdaftar di British Virgin Islands (BVI), yang disyaki bertindak sebagai proksi kepada seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah badan berkanun kerajaan.

Lebih mencurigakan, sebahagian daripada wang tersebut dipercayai dilaburkan semula ke dalam syarikat tersenarai di Bursa Malaysia bagi mengaburi jejak kewangan.

“Siasatan turut mendapati kira-kira RM30 juta dilaburkan semula sebagai pelaburan sah bagi menyamarkan aliran wang tersebut,” kata sumber itu, sambil menambah pihak berkuasa masih mengenal pasti pemilik benefisial sebenar.

Siasatan awal juga mendedahkan kemungkinan wujud unsur rasuah dan pengubahan wang haram, termasuk penggunaan akaun penama serta entiti luar pesisir untuk menyembunyikan identiti penerima.

Aliran dana turut dikesan melibatkan enam akaun bank di Singapura dengan transaksi melebihi RM192 juta, selain satu transaksi sekitar RM13 juta di Labuan.

Dalam perkembangan sama, dua akaun bank di Emiriah Arab Bersatu yang dipercayai milik bekas CEO itu turut dikenal pasti, walaupun jumlahnya lebih kecil.

Setakat ini, enam akaun individu bernilai kira-kira RM11 juta telah dibekukan, menjadikan jumlah keseluruhan pembekuan sekitar RM16.8 juta.

Sumber berkata, individu terbabit dipercayai memainkan peranan besar dalam menentukan harga dan terma pembelian saham, selain bertindak sebagai pencadang dan pelulus dalam rundingan tertutup, sekali gus menguasai keseluruhan proses.

Sementara itu, SPRM mengesahkan siasatan masih berjalan dan kini diperluaskan dengan kerjasama pihak berkuasa antarabangsa termasuk di Singapura, BVI, UAE dan Labuan.

Kes ini melibatkan seorang bekas CEO dan pengerusi syarikat yang kini disambung reman bagi membantu siasatan. Kedua-duanya disyaki bersekongkol dalam urus niaga saham yang dinilai tidak munasabah, sehingga menyebabkan kerugian besar kepada dana awam.

Untuk rekod, kes ini disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009, yang melibatkan kesalahan rasuah berkaitan suapan.

Berita berkaitan
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
6 jam lalu· Isu semasa
Bila UMNO nak lancar tabung ganti kerugian 1MDB disakau Najib? soal Pemuda Amanah
September 19, 2026· Politik
Syarat pengampunan Najib perlu dijelaskan kepada rakyat: Bersatu
September 19, 2026· Politik
Siasatan 1MDB Najib kekal, SPRM teruskan kes
September 19, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
6 jam lalu · Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
14 jam lalu · Isu semasa
Amaran kecemasan dikeluarkan di tujuh kawasan Saudi
September 19, 2026 · Isu semasa
Bil elektrik boleh turun hingga RM47 sebulan mulai Oktober: TNB
September 18, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok