JENDELA hampir siap, internet kini lebih laju dan meluas: MCMC

January 26, 2026 · Isu semasa

Pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 kini hampir mencapai garisan penamat apabila pembangunan infrastruktur digital negara mencatat kemajuan 99.1 peratus setakat akhir Disember 2025, sekali gus memperkukuh liputan dan kualiti Internet di seluruh negara.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan sebanyak 1,646 daripada 1,661 menara komunikasi baharu telah siap dibina, manakala 98.3 peratus daripadanya sudah beroperasi sepenuhnya dengan perkhidmatan 2G dan 4G.

Keseluruhan pembinaan menara ini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama 2026.

“Pelaksanaan JENDELA menunjukkan impak yang sangat positif terhadap pengalaman pengguna Internet, khususnya dari segi liputan, kestabilan dan kelajuan rangkaian,” menurut MCMC dalam satu kenyataan.

Katanya, pendekatan perkongsian infrastruktur melalui Rangkaian Teras Pelbagai Operator (MOCN) membantu mempercepatkan peluasan liputan secara lebih cekap.

Untuk rekod, JENDELA diperkenalkan pada 2020 bagi menggantikan pelan terdahulu dengan fokus memperluas liputan 4G, meningkatkan kualiti jalur lebar dan menyediakan asas kukuh untuk teknologi masa depan.

Di bawah pelan ini, bilangan premis yang diliputi rangkaian meningkat hampir dua kali ganda, daripada 4.96 juta sebelum JENDELA kepada 9.81 juta premis setakat Disember 2025, melepasi sasaran asal sembilan juta premis.

Kelajuan median muat turun jalur lebar mudah alih turut melonjak kepada 143.7 Mbps, manakala liputan Internet di kawasan berpenduduk meningkat kepada 99.71 peratus berbanding 91.8 peratus sebelum pelaksanaan JENDELA.

Tujuh Kawasan Tumpuan turut menerima manfaat ketara, termasuk pemasangan lebih 34,000 titik akses Wi-Fi di 126 kampus universiti awam, politeknik dan kolej komuniti, selain penyediaan gentian optik di 73 kem tentera yang memberi capaian FTTH kepada lebih 59,000 rumah keluarga tentera.

Liputan rangkaian juga dipertingkat di kawasan acara utama seperti litar perlumbaan, pusat konvensyen dan hospital.

MCMC menegaskan pemantauan berterusan akan diteruskan bagi memastikan peningkatan ini mampan, selari dengan matlamat JENDELA Fasa 2 untuk membawa Internet berkualiti ke kawasan berpenduduk jarang dan koridor pengangkutan utama.

Berita berkaitan
1.88 juta rakyat nikmati manfaat MySalam: Fahmi
12 jam lalu· Isu semasa
J-KOM buat laporan polis terhadap Albert Tei buat kecoh di kementerian
June 11, 2026· Isu semasa
Teknologi 5G berpotensi bantu PMKS lebih berdaya saing: Fahmi
June 9, 2026· Isu semasa
Soalan Lazim Siaran Langsung Piala Dunia 2026 di Saluran RTM
June 9, 2026· Rencana
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan tak kompromi perangi rasuah, SPRM terus diperkasa
June 11, 2026 · Isu semasa
Kadar pengangguran naik sedikit pada April: DOSM
June 11, 2026 · Isu semasa
Agong tarik balik gelaran ‘Tan Sri’ dianugerah kepada Isa Samad
June 11, 2026 · Isu semasa
Cucu dedah dakwa dirogol, warga emas direman enam hari
June 10, 2026 · Isu semasa
Malaysia teroka sumber minyak baharu, utamakan kesesuaian fasiliti tempatan
June 10, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok