Jerebu: 21 kawasan catat IPU tidak sihat

October 6, 2026 · Isu semasa

Jerebu semakin membimbangkan apabila sebanyak 21 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 8 pagi hari ini.

Batu Pahat, Johor menjadi kawasan paling terjejas dengan bacaan IPU 188, diikuti Kluang dengan 169, manakala Segamat dan Larkin masing-masing mencatatkan 166.

Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), beberapa kawasan lain di Johor turut merekodkan bacaan tidak sihat termasuk Pasir Gudang (165), Tangkak (164), Kota Tinggi (155) dan Pengerang (154).

Keadaan sama turut berlaku di beberapa negeri lain. Di Negeri Sembilan, Nilai mencatatkan bacaan 161 dan Seremban 157, manakala Bandar Raya Melaka merekodkan 155 dan Bukit Rambai 115.

Di Pahang pula, Balok Baru merekodkan bacaan 153, Rompin 152 dan Indera Mahkota 142. Jerantut turut berada pada paras tidak sihat dengan bacaan 102.

Putrajaya mencatatkan bacaan 152, sementara Cheras dan Batu Muda di Kuala Lumpur masing-masing merekodkan 140 dan 120.

Di Terengganu, Kemaman mencatatkan bacaan 134 manakala Paka 111.

“Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat,” menurut klasifikasi kualiti udara yang digunakan dalam sistem pemantauan APIMS.

Pada masa sama, sebanyak 48 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala lima kawasan merekodkan kualiti udara baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

Berita berkaitan
Jerebu: 15 kawasan catat IPU tidak sihat
1 jam lalu· Isu semasa
Jerebu makin membimbangkan, tiada kawasan catat IPU sihat
23 jam lalu· Isu semasa
Jerebu: Agong titah sekolah tutup jika IPU 150 hingga 180
October 8, 2026· Isu semasa
Anwar hubungi Prabowo, ASEAN digerakkan tangani jerebu
October 8, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Lebih 400,000 peminjam PTPTN boleh tangguh bayaran
October 11, 2026 · Isu semasa
Bekas pengetua rugi RM1.1 juta ditipu pelaburan palsu
October 11, 2026 · Isu semasa
Raja Jordan lawat Malaysia dua hari mulai Ahad
October 11, 2026 · Isu semasa
Gangguan penerbangan di Arab Saudi, warga Malaysia diminta berwaspada
October 11, 2026 · Isu semasa
Belanjawan 2027: RM5 bilion perkukuh internet, RM142 juta untuk NADI
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok