JPP PKR nafi wujud campur tangan dalam sistem pengundian

May 23, 2025 · Politik

Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR menegaskan tiada sebarang unsur campur tangan atau ‘tangan ghaib’ dalam proses pengundian pemilihan parti yang berlangsung hari ini.

Timbalan Pengerusinya, Ahmad Kassim berkata, sistem e-undi sudah diaudit oleh pakar dalaman dan menegaskan ia selamat untuk digunakan semasa pemilihan kali ini.

“Kalau ada pandangan berbeza, saya rasa itu kerana mereka tidak faham tentang sistem ini. Mereka hanya buat andaian sedangkan sistem kita sudah diaudit oleh pakar dalaman dan juga audit antarabangsa yang sahkan ia selamat dan telus.

“Bagi pihak JPP, saya yakin sistem ini adil dan kami tidak memihak kepada sesiapa. Tidak ada ‘tangan ghaib’ yang ubah keputusan atau buat perkara yang tidak sepatutnya.

“Cuma kita perlu semak semula semua data untuk pastikan ia benar-benar tepat sebelum diumumkan secara rasmi. Insya-ALLAH, segalanya akan berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sebelum Majlis Perasmian Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Berjaya Waterfront Hotel pada hari ini.

Beliau juga memaklumkan, hanya dua individu mempunyai akses kepada data penuh iaitu dirinya sendiri dan Pengerusi JPP, Dr Zaliha Mustaffa.

Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2024/2025 pagi ini tertumpu kepada proses pemilihan kepimpinan baharu parti bagi sesi 2025-2028.

Proses bagi memilih kepimpinan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan AMK Pusat dan Majlis Pimpinan Wanita Pusat itu bermula jam 8 pagi dan berakhir 5 petang, membabitkan keseluruhan 32,030 pengundi secara fizikal dan dalam talian.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai cadangan agar keputusan dipaparkan secara langsung seperti dalam pilihan raya umum, beliau menjelaskan sistem itu hanya memaparkan jumlah kehadiran pengundi secara real-time, bukan keputusan pengundian.

“Contohnya, dalam sistem Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) paparan hanya tunjuk jumlah kehadiran. Keputusan akan diketahui selepas pusat mengundi ditutup dan wakil calon membuat pengiraan serta melaporkannya ke bilik gerakan masing-masing.

“Sama juga dalam pemilihan PKR ini. Walaupun pusat mengundi ditutup jam 5 petang dan saya sendiri sudah tahu siapa menang dan kalah tapi tidak boleh umum selagi belum audit, audit pun sekejap sahaja” ujarnya.

Ahmad yang juga Pengerusi Lembaga Disiplin PKR berkata, proses audit akhir akan dilakukan petang ini dengan kehadiran wakil calon bagi jawatan utama termasuk Timbalan Presiden, Ketua Wanita, Timbalan Ketua Wanita dan AMK.

“Mereka akan menyaksikan sendiri bagaimana keputusan ditarik daripada sistem blockchain dan ditukar ke Borang 14.

“Kita mahu semua pihak lihat proses ini dengan jelas dan yakin terhadap ketelusan JPP. Apa yang ahli undi, itulah keputusan sebenar,” ujarnya.

Berita berkaitan
AMK sindir PAS: Sejak bila jadi jurucakap UMNO?
21 jam lalu· Politik
Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik
September 5, 2026· Politik
Kerajaan bergolak saling menyerang, PAS cadang bubar Parlimen
September 5, 2026· Politik
Belanja lebih peruntukan boleh jahanam negara: Kamil Munim
September 2, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Amanah gesa dakwaan campur tangan asing disiasat, bukan jadi modal politik PAS
September 6, 2026 · Politik
Undi PAS bukan tiket ke syurga: Mujahid
September 6, 2026 · Politik
MB Negeri Sembilan tegaskan sokongan kepada Tuanku Muhriz
September 6, 2026 · Politik
Kedutaan AS nafi dakwaan dibuat Hadi berhubung tawaran jatuhkan BN: Laporan
September 6, 2026 · Politik
PAS: Ketidakhadiran Zahid bukan tanda UMNO solo, kerjasama diteruskan
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok