Kadar pengangguran cecah paras terendah 11 tahun: DOSM

January 9, 2026 · Isu semasa

Kadar pengangguran Malaysia pada November 2025 mencatatkan paras terendah dalam tempoh 11 tahun apabila turun kepada 2.9 peratus, sekali gus menjadi kadar terendah dalam 132 bulan, menurut laporan Statistik Tenaga Buruh Malaysia terbitan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kali terakhir kadar pengangguran berada di bawah tiga peratus adalah pada November 2014, sekali gus menunjukkan pemulihan dan kestabilan pasaran buruh negara yang semakin kukuh.

“Keadaan ekonomi yang menggalakkan pada bulan ini terus menyokong pertumbuhan pasaran buruh merentas pelbagai sektor,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut laporan itu, bilangan penganggur pada November 2025 menurun sedikit kepada 518,400 orang berbanding 518,900 orang pada Oktober, manakala jumlah penduduk bekerja meningkat 0.2 peratus kepada 17.09 juta orang. Tenaga buruh turut mencatat pertambahan kepada 17.61 juta orang dengan kadar penyertaan tenaga buruh kekal pada 70.9 peratus.

Mohd Uzir berkata pasaran buruh Malaysia dijangka terus berkembang secara positif dengan lebih banyak peluang pekerjaan baharu, khususnya dalam sektor strategik dan berorientasikan masa depan.

“Peluang pekerjaan baharu akan terus diwujudkan, selari dengan usaha meningkatkan kemahiran tenaga kerja melalui latihan semula dan peningkatan kemahiran, di samping pembangunan wilayah yang lebih seimbang termasuk di kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau menambah, pasaran buruh negara dijangka kekal kompetitif, inklusif dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran global serta memanfaatkan peluang daripada transformasi digital dan agenda hijau.

Dari segi struktur pekerjaan, kategori pekerja merangkumi 74.8 peratus daripada jumlah penduduk bekerja, manakala bilangan bekerja sendiri turut meningkat kepada 3.26 juta orang. Sektor perkhidmatan terus menjadi penyumbang utama guna tenaga, khususnya dalam bidang kesihatan, kerja sosial, perdagangan borong dan runcit, serta perkhidmatan makanan dan minuman.

Sektor lain seperti pertanian, pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian juga mencatat peningkatan guna tenaga, mencerminkan momentum ekonomi yang semakin stabil menjelang hujung tahun.

Berita berkaitan
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
November 24, 2026· Isu semasa
Jangan abaikan madrasah dalam mengejar kemajuan negara: Anwar
November 23, 2026· Isu semasa
Perdagangan Malaysia cecah RM436.61 bilion, rekod tertinggi dalam sejarah
November 20, 2026· Isu semasa
Anwar kagum perhatian Xi terhadap MADANI, kerjasama peradaban Islam dan Konfusianisme
November 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
November 26, 2026 · Isu semasa
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
November 26, 2026 · Isu semasa
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
16 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
16 jam lalu · Isu semasa
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok