Kadar pengangguran naik sedikit pada April: DOSM

June 11, 2026 · Isu semasa

Kadar pengangguran negara kembali meningkat kepada 3.0 peratus pada April 2026 dengan jumlah penganggur mencecah 511,800 orang, menurut laporan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Peningkatan itu menyaksikan kadar pengangguran naik 0.1 mata peratus berbanding 2.9 peratus yang direkodkan pada Mac lalu, sekali gus kembali ke paras yang pernah dicatatkan pada Oktober 2025.

Ketua Perangkawan Malaysia, Mohd Uzir Mahidin berkata walaupun kadar pengangguran meningkat sedikit, bilangan penduduk bekerja terus menunjukkan pertumbuhan positif.

“Bilangan penduduk bekerja terus meningkat pada April 2026, bertambah sebanyak 0.1 peratus kepada 16.82 juta orang berbanding 16.80 juta orang pada bulan sebelumnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kategori pekerja yang merangkumi 75 peratus daripada keseluruhan penduduk bekerja meningkat sedikit kepada 12.61 juta orang berbanding 12.60 juta orang pada Mac.

Pada masa sama, golongan bekerja sendiri turut mencatatkan peningkatan sebanyak 0.2 peratus kepada 3.15 juta orang berbanding 3.14 juta orang pada bulan sebelumnya.

Mengulas lanjut mengenai pengangguran, Mohd Uzir berkata, penganggur aktif yang boleh bekerja dan sedang mencari pekerjaan menyumbang 79.5 peratus daripada keseluruhan penganggur.

“Kumpulan penganggur aktif meningkat 0.3 peratus kepada 407,100 orang. Daripada jumlah itu, 63.9 peratus menganggur kurang daripada tiga bulan, manakala 5.0 peratus pula menganggur melebihi setahun,” katanya.

Beliau turut memaklumkan jumlah penganggur tidak aktif, iaitu individu yang beranggapan tiada peluang pekerjaan tersedia, meningkat 1.5 peratus kepada 104,700 orang berbanding 103,200 orang pada Mac.

Walaupun kadar pengangguran meningkat sedikit, prestasi keseluruhan pasaran buruh negara masih menunjukkan perkembangan yang stabil sejajar dengan pertumbuhan ekonomi semasa.

“Pasaran buruh Malaysia terus mencatatkan pertumbuhan sederhana pada April 2026, mencerminkan perkembangan ekonomi yang stabil,” katanya.

Seiring perkembangan itu, saiz tenaga buruh negara meningkat 0.1 peratus kepada 17.33 juta orang berbanding 17.31 juta orang pada bulan sebelumnya.

Sementara itu, kadar penyertaan tenaga buruh kekal pada 70.9 peratus, sama seperti yang direkodkan pada Mac.

Untuk rekod, Malaysia mencatatkan trend penurunan kadar pengangguran sejak tempoh pasca pandemik Covid-19, dengan kadar tersebut berada di bawah paras 3.5 peratus sepanjang tahun lalu.

Namun, peningkatan kecil pada April menunjukkan pasaran pekerjaan masih berdepan cabaran dalam menyerap kemasukan tenaga kerja baharu walaupun jumlah penduduk bekerja terus bertambah.

Berita berkaitan
Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025
September 21, 2026· Isu semasa
BRICS buka pasaran besar untuk Malaysia: KP JKOM
September 13, 2026· Isu semasa
Pulau Pinang, Johor dan Selangor pacu dagangan negara: DOSM
August 28, 2026· Isu semasa
Eksport dan import rancak, prestasi dagangan Malaysia naik 37.3 peratus
August 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
3 jam lalu · Isu semasa
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
9 jam lalu · Isu semasa
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
11 jam lalu · Isu semasa
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
12 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok