KDN tunggu hasil siasatan isu ucapan Sanusi

4 jam lalu · Isu semasa

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk meneruskan siasatan terhadap Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor berhubung ucapan yang didakwa menyentuh isu kaum, agama dan institusi diraja (3R).

Menterinya, Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau belum menerima sebarang perkembangan terkini mengenai siasatan itu, namun yakin pihak polis akan menjalankan tugas mengikut peruntukan undang-undang.

“Saya belum mendapat sebarang kemas kini daripada pihak polis. Saya percaya pihak polis akan mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah: Komuniti FELDA Sihat, Kedah Sejahtera di Kedah, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan siasatan terhadap Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS itu susulan ucapannya dalam satu ceramah yang mencetuskan kontroversi apabila menyebut, “Melayu tak ada dah tanah. Melayu ada Tanah Melayu ini saja. Orang India ada India, orang Cina ada China, orang Kemboja ada Kemboja, orang Siam ada Thailand.”

Selasa lalu, Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Sathia Prakash Nadarajan menjadi individu pertama menerima surat tuntutan daripada peguam Muhammad Sanusi selepas didakwa memutarbelitkan kenyataan berhubung ucapan tersebut.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) melahirkan keyakinan gabungan itu akan terus mentadbir Negeri Sembilan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung Sabtu ini.

“Alhamdulillah bila saya boleh tinggalkan sana (Negeri Sembilan) sat dan mai ke sini (Kedah), itu kira tunjuk tahap keyakinan kita memuaskan,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar hadir program selawat, munajat perdana malam esok
July 29, 2026· Isu semasa
PRN NS: Kalau berani keluarlah, Manivanan cabar Zaidy
July 29, 2026· Politik
Ucapan kempen tular, polis siasat Ahli Parlimen Jempol
July 29, 2026· Isu semasa
PRN NS: Waspada maklumat palsu menjelang hari pengundian
July 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kenyataan fitnah, Anwar tuntut Tuan Ibrahim mohon maaf
July 30, 2026 · Isu semasa
Laporan RCI Tabung Haji tamparan buat umat Islam, buka mata rakyat
4 jam lalu · Isu semasa
Anwar mahu episod kerugian Tabung Haji tidak berulang
4 jam lalu · Isu semasa
Kes hantaran palsu: Papagomo perlu bela diri September ini
6 jam lalu · Isu semasa
Tabung Haji bayar bonus besar RM220 juta ketika defisit: RCI
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
Altimet gesa tumpuan diberi kepada nasib pendeposit Tabung Haji
1 jam lalu
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
July 29, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok