Saifuddin bidas pembangkang sesama sendiri pun berpecah

October 24, 2026 · Politik

Saifuddin Nasution Ismail mempersoalkan kemampuan ahli Parlimen pembangkang memainkan peranan sebagai pendamai apabila parti mereka sendiri berdepan perpecahan dalaman.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, teguran pembangkang terhadap pendekatan kerajaan dalam menangani isu tertentu perlu dilihat dalam konteks kegagalan mereka menyelesaikan konflik dalam parti sendiri.

“Saya terlebih dahulu ingin menyatakan saya berjiwa besar menyambut baik teguran, terutama daripada ahli Parlimen pembangkang yang partinya sendiri berpecah akibat kegagalan memainkan peranan sebagai pendamai.

“Sebagai contoh, parti mereka berpecah kepada dua kumpulan, satu menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin dan satu lagi menyokong Hamzah Zainudin,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Pendaftaran Negara (HPN) ke-78 serta peluncuran Kampung Angkat MADANI (KAM) dan Sekolah Angkat MADANI (SAM) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 2026 di Kampung Melayu Sedenak, hari ini.

Beliau turut mengaitkan perpecahan dalam PAS yang membawa kepada penubuhan Parti Amanah sebagai contoh kegagalan usaha mendamaikan konflik dalaman.

“Hakikatnya, perpecahan parti sehingga melahirkan parti baharu menunjukkan kegagalan usaha untuk menjadi pendamai,” katanya lagi.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada kritikan ahli Parlimen pembangkang terhadap pendekatan beliau dalam menangani isu membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Mohd Shuhaily Mohd Zain dan dua anggota polis.

Sebelum ini, pembangkang mempersoalkan kegagalan Saifuddin mengambil pendekatan kekeluargaan dalam isu berkenaan, selain berharap tindakan terhadap Mohd Shuhaily dapat ditarik balik.

Ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Khamis, mereka turut membangkitkan persoalan mengenai kelancaran proses pendakwaan serta kemungkinan wujud agenda tertentu, khususnya berkaitan isu ‘mafia korporat’.

Isu itu menjadi antara perhatian dalam perbahasan Belanjawan 2027, susulan gesaan pembangkang supaya kerajaan menjelaskan tindakan terhadap pihak yang dikaitkan dengan kontroversi berkenaan.

Saifuddin sebelum ini berdepan kritikan berhubung pengendalian isu keselamatan dan penguatkuasaan, termasuk dakwaan wujud layanan berbeza terhadap individu tertentu.

Berita berkaitan
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
October 24, 2026· Isu semasa
Agihan kerusi Melaka: Khalid Samad sifatkan PAS jadi ‘macai’ BN
5 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
October 23, 2026· Politik
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
October 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid: PN hanya dapat tujuh kerusi, tak layan tuntutan lebih-lebih
October 24, 2026 · Politik
PRN Melaka: Zahid jamin Ab Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang
5 jam lalu · Politik
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
October 23, 2026 · Politik
DUN Sarawak bubar 26 Oktober ini, beri laluan PRN diadakan
October 23, 2026 · Politik
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
October 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok