Kebebasan media harus dipertahankan, berlandaskan etika kewartawanan: Anwar

June 14, 2025 · Isu semasa

Sesebuah kerajaan mengamalkan prinsip demokrasi perlu juga mempertahankan kebebasan media yang mesti berlandaskan etika kewartawanan, kata Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata pengamal media merupakan penyampai kebenaran dan bukan hanya menjadi alat kepada sesetengah pihak berkepentingan untuk memaksa masyarakat menerima sesuatu tanpa ruang kepada perbezaan pendapat.

“Sistem ini harus kekal dan utuh dengan amalan demokrasi. Antara tonggaknya ialah kebebasan media.

“Jika kita ungkapkan pandangan Noam Chomsky (penulis buku), (kebebasan media) juga mempunyai beberapa cabaran (seperti) apa yang beliau ungkapkan sebagai ‘manufacturing consent’, iaitu penggunaan alat kekuasaan untuk melakar suatu (naratif) yang menyebabkan orang terpaksa menerima,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Anwar turut menyeru agar pengamal media kekal profesional dan beretika dalam menyampaikan berita serta mendidik masyarakat untuk lebih celik maklumat agar tidak mudah terpedaya dengan fitnah atau manipulasi yang dicipta pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata pengamal media serta tokoh kewartawanan perlu berwaspada agar tidak terpengaruh dengan ‘manufacturing dissent’ iaitu usaha mencipta naratif untuk menanam kebencian, menghina atau memfitnah pihak lain demi kepentingan tertentu.

“Perbezaan pendapat dibolehkan, (tapi) bukan hanya merekayasa, melakar persepsi, menghina dan mencerca orang, seperti mana kita tidak mahu tyranny of the majority, yang diperingatkan oleh Thomas Jefferson (penulis buku), jangan guna kuasa untuk menindas dan menekan,” jelasnya.

Beliau berkata perlu ada keseimbangan di dalam kebebasan media bagi memastikan tiada penindasan golongan penguasa, pelampau kaum ataupun kelompok yang terdesak untuk mencari kekuasaan dengan ‘manufacture dissent’ dan menyebabkan ada ‘tyranny of the minority’.

Sementara itu, Anwar berkata dalam landskap komunikasi masa kini, cabaran utama bukan lagi tertumpu kepada media arus perdana semata-mata, sebaliknya lebih besar datang daripada media sosial yang jauh lebih bebas, pantas dan tidak terkawal.

“Cabaran kita kini ialah bagaimana memanfaatkan kebebasan yang ada. Maklumat yang kita sampaikan harus dipercayai, berasas dan tidak menjadi alat penindasan, sama ada oleh golongan penguasa atau kelompok pelampau yang bebal dan terdesak mahu kuasa.

“Kadang-kadang budaya membaca dan menilai secara mendalam telah luntur. Ini bukan perkara baharu,” katanya.

HAWANA 2025 yang bertemakan “Kewartawanan Era Baharu: Keseimbangan AI dan Etika” disambut meriah fraterniti media tempatan serta antarabangsa.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Mohamad Fauzi Md Isa.

Turut sama pada majlis itu, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin serta Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj yang juga Pengarah Projek HAWANA 2025.

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional mengambil sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939 bagi meraikan sumbangan pemain industri yang menjadi medium untuk membentuk minda masyarakat bermaklumat.

Berita berkaitan
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh lebih 5 peratus tiga tahun berturut-turut
November 15, 2026· Isu semasa
Selagi ada majoriti, Anwar tak perlu bubar Parlimen: Loke
November 15, 2026· Politik
Malaysia mahu ASEAN serius tangani jerebu rentas sempadan
November 15, 2026· Isu semasa
21 calon PRN Melaka hilang wang deposit, parti Rafizi tercorot
16 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
WhatsApp mungkin diwajibkan sahkan nombor telefon pengguna: Fahmi
November 15, 2026 · Isu semasa
Sultan Nazrin ingatkan pemimpin jangan sembunyi suara rakyat
5 jam lalu · Isu semasa
OPR kekal 2.75 peratus, beri ruang perniagaan berkembang
5 jam lalu · Isu semasa
Saifuddin: Semua banduan ada hak mohon pengampunan
22 jam lalu · Isu semasa
Anwar tunaikan hasrat murid SK Polis Depot
November 14, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan pandang rendah kemampuan anak muda: Mukhlis
November 12, 2026
[VIDEO] Tiada negara boleh hadapi cabaran digital sendirian – Fahmi
November 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok