Kebocoran KLIA: Kecuaian kontraktor didakwa punca bumbung bocor

November 15, 2025 · Isu semasa

Insiden kebocoran bumbung di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang tular baru-baru ini berpunca daripada kecuaian kontraktor yang tidak mematuhi prosedur kerja asas semasa menjalankan kerja baik pulih.

Menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), siasatan mendapati kontraktor terbabit gagal menanggalkan penutup papan lapis pada titik saliran bumbung ketika menghentikan kerja ekoran ribut dan tindakan tergesa-gesa itu menyebabkan sistem saliran tersumbat.

“KLIA sedang mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor. Ia adalah kecuaian tidak boleh diterima dalam prosedur kerja asas dan ia tidak menepati standard yang dijangkakan,” tegas MAHB melalui satu kenyataan.

Kejadian berlaku apabila hujan lebat turun selepas itu, menyebabkan air bertakung di bumbung dan akhirnya bocor ke ruang balai berlepas.

MAHB menjelaskan kerja pemulihan infrastruktur kalis air sedang dijalankan sebagai sebahagian daripada penyelenggaraan berterusan terminal tersebut.

“Pasukan maklum balas kami berjaya membersihkan kawasan terjejas dalam masa sejam setengah dan semua sistem kembali beroperasi seperti biasa dengan selamat,” kata kenyataan itu lagi.

Sebagai langkah segera, MAHB bekerjasama dengan kontraktor untuk menambah baik prosedur kerja.

“Kami juga bekerjasama dengan kontraktor untuk melaksanakan penambahbaikan segera terhadap prosedur kerja mereka, termasuk rundingan wajib ramalan meteorologi sebelum memulakan kerja di bahagian bumbung,” jelas MAHB.

MAHB menegaskan komitmennya untuk memastikan semua kontraktor mematuhi standard operasi yang tinggi, selaras dengan jangkaan para pengguna lapangan terbang antarabangsa tersebut.

Kerja baik pulih bumbung terminal utama yang bermula April lalu merupakan komponen penting dalam program pembaharuan infrastruktur syarikat.

Berita berkaitan
Hujan lebat berterusan hingga esok, Pahang pada tahap bahaya
December 17, 2025· Isu semasa
Amaran hujan lebat berterusan sehingga Khamis: Laporan
December 14, 2025· Isu semasa
Tiga warga Jepun ditahan Kastam KLIA, cuba seludup ganja RM4.2 juta
November 29, 2025· Isu semasa
Ribut Senyar melemah, orang ramai masih diingatkan berjaga-jaga
November 28, 2025· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM3.93 hingga RM3.98: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
SUHAKAM bantah guna SOSMA terhadap kanak-kanak
6 jam lalu · Isu semasa
Penipuan pelaburan cecah RM188 juta awal tahun ini: Polis
6 jam lalu · Isu semasa
Konflik Asia Barat dijangka beri tekanan inflasi kepada negara: Akmal Nasrullah
7 jam lalu · Isu semasa
Ekonomi negara masih kukuh hadapi krisis Asia Barat: Zafrul
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok