Kekecohan tercetus semasa Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) baru-baru ini.
Kekecohan yang tercetus ketika Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu baru-baru ini digambarkan sebagai satu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan dan amat memalukan, demikian tegas Tun Faisal Ismail Aziz.
Ketua Penerangan Bersatu itu menegaskan insiden itu bukan sahaja suatu yang memalukan, malah menunjukkan sikap tidak menghormati Presiden parti, Muhyiddin Yassin, yang sedang berucap pada ketika itu.
Tun Faisal berkata menjadi tanggungjawab setiap perwakilan untuk menghormati pemimpin mereka dan sebarang ketidakpuasan hati boleh disuarakan melalui saluran yang betul semasa sesi persidangan, bukan dengan menimbulkan kekacauan.
“Presiden sebut ia memalukan… dalam ucapan saya semasa PAT, saya juga sebut ia memalukan dan tidak boleh dimaafkan,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.
“Ketika berucap, saya minta supaya tindakan diambil… kena ada rasa hormat pada majlis, kena ada tanggungjawab dan menghormati tetamu (Muhyiddin).
“Kalau ada tak puas hati, esoknya ada persidangan dan kita boleh nyatakan,” tambahnya merujuk kepada kaedah yang lebih teratur untuk membangkitkan isu.
Kekecohan itu tercetus pada 6 September lalu apabila Muhyiddin, dalam ucapannya, mendakwa wujud komplot untuk mengumpul tandatangan bagi menyingkirkannya.
Dakwaan itu disambut dengan jeritan “tidak benar!” dan “Turun Tan Sri!” daripada satu kumpulan, manakala kumpulan lain membalas dengan laungan “Hidup Tan Sri!”.
Keadaan yang tegang itu berlanjutan sehingga memaksa petugas campur tangan untuk meleraikan suasana. Polis telah membuka kertas siasatan selepas menerima laporan berhubung insiden tersebut.
Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata beliau secara peribadi berpendapat hukuman tegas perlu dikenakan terhadap mana-mana individu yang terlibat.
“Pada saya tak boleh dimaafkan… tak boleh buat duluan yang hal-hal macam ini tiada masalah,” tegasnya.
Mengenai kewujudan kem dalaman parti, Tun Faisal menafikan kewujudannya secara berterusan. Menurutnya, kem hanya wujud pada musim pemilihan dan akan bergabung di bawah satu pasukan, iaitu pasukan Muhyiddin, selepas pemilihan tamat.
“Kalau kita hormat keputusan PAT, tak timbul dah soal kem ini. Kita satu pasukan, pasukan Bersatu, pasukan Muhyiddin. Inilah yang kita patut pegang,” jelasnya.
Lelongan tuala dan selipar Jamal raih RM66,000 untuk bayar saman
Guan Eng persoal kedudukan Azam Baki berhubung isu saham
Rafizi ambil tindakan undang-undang baharu terhadap NFCorp dan pengarah: Laporan
Ismail Sabri belum buat keputusan bertanding atau tidak dalam PRU depan: Laporan
Najib tahu akaun sendiri, guna untuk tulis cek: Saksi
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen