Kem Tentera disiasat susulan dakwaan aktiviti tidak bermoral: MINDEF

January 5, 2026 · Isu semasa

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diarahkan menjalankan siasatan dalaman segera susulan dakwaan kemasukan individu tidak berkaitan serta aktiviti tidak bermoral di dalam sebuah kem tentera yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pihaknya memandang serius dakwaan tersebut dan tidak akan berkompromi sekiranya ia didapati berasas.

Menurut kenyataan itu, siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi menentukan kesahihan dakwaan berkenaan.

“ATM telah diarahkan untuk melaksanakan siasatan dalaman segera bagi memastikan fakta sebenar dikenal pasti secara telus dan menyeluruh,” kata MINDEF.

MINDEF turut menegaskan dakwaan yang tular itu tidak mencerminkan budaya dan amalan sebenar ATM yang berteraskan disiplin tinggi, profesionalisme serta pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan.

Katanya, ATM kekal sebagai institusi pertahanan yang menjunjung nilai integriti dan amanah dalam setiap aspek perkhidmatan.

“Sekiranya siasatan mendapati dakwaan tersebut benar, tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat, selaras dengan peraturan, tatacara dan undang-undang sedia ada,” menurut kenyataan itu lagi.

Pada masa sama, orang ramai diminta agar tidak membuat spekulasi atau kesimpulan awal yang boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan reputasi ATM dan MINDEF.

Penyebaran maklumat tidak sahih, menurut kementerian, hanya akan menambah kekeliruan dan mencetuskan persepsi negatif terhadap institusi pertahanan negara.

“MINDEF dan ATM kekal komited untuk memastikan tahap disiplin, integriti dan profesionalisme warga pertahanan sentiasa berada pada standard tertinggi, dan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan imej serta kredibiliti institusi pertahanan negara,” katanya.

Berita berkaitan
Kes aduan Albert Tei terhadap Azam ditutup, tiada tindakan lanjut: AGC
June 10, 2026· Isu semasa
TM sedia beri kerjasama kepada DOJ berhubung siasatan AS$20 juta
May 20, 2026· Isu semasa
Kes 61 tikaman Kelantan: Reman dua remaja dilanjutkan
May 8, 2026· Isu semasa
Rafizi selesai beri keterangan kepada SPRM
May 7, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Program Ziarah Kasih: Fahmi santuni warga emas, pesakit terlantar di Seri Menanti
13 jam lalu · Isu semasa
62 NADI Negeri Sembilan tawar latihan AI percuma
13 jam lalu · Isu semasa
Hubungan diplomatik baik, politik stabil jamin bekalan tenaga: PMX
14 jam lalu · Isu semasa
1.88 juta rakyat nikmati manfaat MySalam: Fahmi
June 12, 2026 · Isu semasa
Kerajaan tak kompromi perangi rasuah, SPRM terus diperkasa
June 11, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok