Kemalangan maut lori berat catat penurunan: Loke

January 22, 2026 · Isu semasa

Kes kemalangan maut yang melibatkan kenderaan berat menunjukkan penurunan ketara tahun lalu, hasil penguatkuasaan lebih tegas terhadap lori dan treler, khususnya isu lebihan muatan yang diperkukuh sejak Oktober.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata data awal Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 163 kes kemalangan maut membabitkan kenderaan berat sepanjang tahun lalu, berbanding 260 kes pada tahun sebelumnya.

Menurutnya, angka itu memberi isyarat awal pendekatan penguatkuasaan yang lebih konsisten mula menunjukkan kesan positif.

“Trend ini memberi gambaran bahawa usaha memperketat pematuhan keselamatan, termasuk kawalan muatan, membantu mengurangkan risiko kemalangan maut di jalan raya,” katanya ketika menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat.

Isu keselamatan kenderaan berat menjadi perhatian awam, terutama selepas beberapa insiden ngeri melibatkan lori sarat muatan yang meragut nyawa pengguna jalan raya.

Selain mengancam keselamatan, lebihan muatan juga menyumbang kepada kerosakan jalan dan infrastruktur, sekali gus meningkatkan kos penyelenggaraan negara.

Loke berkata penguatkuasaan yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Perintah Sekatan Berat (WRO) yang sudah lama berkuat kuasa, bukan dasar baharu yang dibuat secara tergesa-gesa.

“Ia bukan soal menghukum, tetapi memastikan pematuhan kepada had Berat Dengan Muatan yang ditetapkan demi keselamatan awam. Nyawa pengguna jalan raya mesti jadi keutamaan,” katanya.

Beliau turut mengulas kebimbangan mengenai kesan penguatkuasaan terhadap rantaian bekalan dan kos logistik, susulan soalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Wee Ka Siong.

Menurutnya, kerajaan sedar akan cabaran industri, namun keselamatan tidak boleh dikompromi.

“Pemain industri faham bahawa perubahan ini penting untuk jangka panjang. Kerajaan menghargai kerjasama mereka kerana akhirnya, matlamat kita sama iaitu melindungi nyawa dan memastikan sistem pengangkutan yang lebih selamat dan mampan,” katanya.

Kerajaan sebelum ini berulang kali menegaskan komitmen untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, selari dengan sasaran keselamatan nasional dan agenda kesejahteraan rakyat.

Berita berkaitan
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
19 jam lalu· Isu semasa
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
November 22, 2026· Isu semasa
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
November 22, 2026· Isu semasa
Pelajar maut di Ipoh, KPM tidak kompromi jika wujud kecuaian
November 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
9 jam lalu · Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
9 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
10 jam lalu · Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
10 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
9 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok