Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail.
Kemelut politik di Negeri Sembilan disifatkan sebagai sesuatu yang mengecewakan ketika kerajaan sedang memberi tumpuan penuh terhadap cabaran besar, khususnya krisis tenaga global yang memberi kesan langsung kepada negara.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan perpaduan yang dibentuk bersama Barisan Nasional sejak 2022 berpegang kepada tiga teras utama iaitu kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kebajikan rakyat.
Menurut beliau, prinsip itu berjaya mengekalkan kestabilan negara apabila tiada pertukaran Perdana Menteri sepanjang penggal, dengan Anwar Ibrahim terus memimpin kerajaan.
“Ketika dunia berdepan konflik di Asia Barat, Malaysia turut menerima tempiasnya, khususnya dalam sektor tenaga.
“Sekitar 60 peratus bekalan minyak mentah dunia melalui Selat Hormuz, menyebabkan kos penghantaran dan insurans meningkat,” katanya semasa ceramah perdana di Paroi pada Rabu malam.
Beliau menambah, kerajaan tetap berusaha mengekalkan harga bahan api pada kadar RM1.99 bagi mengurangkan beban rakyat walaupun berdepan tekanan kos.
“Ini bukan keputusan mudah, tetapi kerajaan terus memastikan bekalan mencukupi dan harga terkawal. Dalam keadaan ini, apabila timbul isu politik di Negeri Sembilan, kita rasa terkilan,” ujarnya lagi.
Turut hadir dalam program itu ialah Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun.
Saifuddin turut menegaskan perkembangan politik di negeri itu membawa pengajaran penting kepada parti-parti politik agar memperkukuh kekuatan dalaman.
“Kita tidak boleh bergantung kepada kelemahan pihak lawan untuk menang. Kekuatan sebenar datang daripada parti sendiri,” katanya.
Beliau juga menekankan andskap politik negara telah berubah, apabila tiada lagi parti dominan mampu membentuk kerajaan secara bersendirian.
“Pendekatan lama ‘kita lawan mereka’ perlu ditinggalkan. Politik hari ini menuntut kerjasama dan kebersamaan — ‘we are together’,” katanya lagi.
SPR jual 553 borang calon menjelang hari penamaan PRN Johor
PAS kempen calon sendiri sahaja, tidak bantu Bersatu di Johor: Hadi
SPR keluar peringatan menjelang penamaan calon PRN Johor
Sokongan terhadap Anwar kekal tertinggi: Tinjauan Merdeka Center
Selepas Puad keluar UMNO, bekas ADUN Layang-Layang pula umum sertai Bersatu
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar