Kempen Internet Selamat tarik ribuan pengunjung di bazar Ramadan

March 9, 2026 · Isu semasa

Kempen Internet Selamat yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bazar Ramadan di seluruh negara mendapat sambutan menggalakkan apabila ribuan pengunjung mengambil peluang mempelajari cara menggunakan Internet dengan lebih selamat.

Program yang berlangsung serentak di 19 bazar Ramadan itu menarik kehadiran pelbagai lapisan masyarakat termasuk keluarga, golongan muda dan peniaga.

Para pengunjung dilihat aktif berinteraksi di reruai kempen, mendapatkan penerangan mengenai keselamatan siber serta membawa pulang bahan informasi yang disediakan.

Menurut MCMC, sambutan positif itu menunjukkan tahap kesedaran masyarakat terhadap keselamatan digital semakin meningkat, terutama ketika aktiviti dalam talian seperti pembelian dan transaksi kewangan menjadi lebih aktif sepanjang Ramadan.

“Program ini bertujuan memperkasakan orang ramai dengan pengetahuan dan amalan penggunaan Internet secara selamat supaya mereka lebih berhati-hati ketika berurusan dalam talian,” menurut kenyataan MCMC.

Sepanjang kempen itu, hampir 10,000 Kit Ramadan yang mengandungi risalah maklumat keselamatan Internet, pek kurma, air mineral dan butang lencana diedarkan kepada pengunjung di semua lokasi program.

Pelbagai aktiviti turut diadakan termasuk sesi interaktif keselamatan Internet, demonstrasi penggunaan kawalan ibu bapa pada peranti digital, pendedahan mengenai ancaman penipuan dalam talian serta kesedaran mengenai salah guna media sosial. Dalam masa sama, kira-kira 1,000 pengunjung turut mendaftar sebagai Wira Internet Selamat.

Kempen berkenaan turut disokong oleh petugas MCMC di seluruh negara bersama kakitangan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang membantu memberi penerangan kepada orang ramai.

Program itu juga mendapat perhatian pemimpin negara termasuk Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang hadir memeriahkan kempen di IWK Eco Park.

Selain itu, Tengku Permaisuri Norashikin turut diberikan taklimat mengenai kempen berkenaan ketika berangkat ke program Santuni Bazar Ramadan di Stadium Shah Alam.

MCMC dalam kenyataannya menegaskan komitmen untuk memastikan persekitaran digital negara kekal selamat, berintegriti dan dipercayai, selaras dengan usaha kerajaan membangunkan ekosistem komunikasi dan multimedia yang mampan.

 

Berita berkaitan
Love Scam: RM6.6 juta lesap untuk tempoh 3 bulan tahun ini
April 12, 2026· Isu semasa
MCMC nafi dakwaan sekat berita kes mahkamah Papagomo, bakal ambil tindakan
April 9, 2026· Isu semasa
MCMC siasat berita palsu krisis tenaga, 42 kertas siasatan dibuka
April 8, 2026· Isu semasa
MCMC buka 36 kertas siasatan berkait berita palsu krisis tenaga
April 8, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Harga minyak boleh naik hingga AS$150 setong jika konflik berlarutan
2 jam lalu · Isu semasa
Kapal Malaysia tersekat di Selat Hormuz dikepung tentera AS: Mohamad Hasan
3 jam lalu · Isu semasa
Isu stesen minyak kehabisan bekalan, Loke nafi negara berdepan krisis bahan api
3 jam lalu · Isu semasa
Kawalan ketat SPRM semasa program Azam Baki, elak kekecohan berulang
3 jam lalu · Isu semasa
PMX umum peruntukan RM2 juta untuk Akademi Sepak Takraw
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok