Kenapa tak jawab isu kewujudan adendum selepas surat dihantar? soal Shafee

May 29, 2025 · Isu semasa

Peguam Najib Razak tampil mengkritik kerajaan susulan tiada jawapan diberikan berhubung pengesahan kewujudan titah adendum berkaitan tahanan rumah anak guamnya.

Peguam, Muhammad Shafee Abdullah mendakwa sekurang-kurangnya tujuh surat yang dihantar kepada kerajaan bagi mengesahkan kewujudan titah adendum tetapi tidak ada satu pun yang dijawab.

“Sekurang-kurang tujuh surat yang dikemukakan kepada individu atau institusi bagi memohon pengesahan titah adendum, tidak dijawab atau dimaklumkan bahawa surat itu telah diterima.

“KDN (Kementerian Dalam Negeri) yang bertanggungjawab terhadap dokumen tambahan itu harus menjawab surat tersebut, namun ia berdiam diri kerana dokumen itu memang wujud.

“Katalah ia tidak wujud, bukankah menjadi tanggungjawab mereka untuk menjawab surat kami dan mengatakan bahawa dokumen tambahan ini tidak dikeluarkan dari segi fakta dan undang-undang?

“Apa salahnya jika mereka memberitahu kami begitu?” ujar beliau pada sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Surat tersebut antaranya dihantar kepada Peguam Negara ketika itu, Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh, Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Penjara, malah tidak dibalas bagi mengakui penerimaannya.

Muhammad Shafee selanjutnya menyatakan, prosiding komital terhadap Ahmad Terrirudin dikemukakan kerana beliau tidak memberikan arahan yang betul kepada pegawainya berhubung kewujudan titah adendum.

Ujar beliau, ketika prosiding di mahkamah, para pegawainya tidak pernah menafikan kewujudan titah tersebut sebaliknya menutup perkara itu dengan menyatakan kewujudannya tidak dapat dipastikan.

Ujar beliau, semakan kehakiman bukan satu prosiding biasa kerana ia ditujukan kepada pegawai atau badan kerajaan.

Kata beliau, individu atau badan kerajaan yang dinamakan dalam semakan kehakiman, sepatutnya menjelaskan secara jujur maklumat berkaitan dokumen yang disimpannya.

“Mereka tidak boleh bermain `sorok-sorok’ dan tidak boleh katakan `cuba teka sama ada ia wujud atau tidak’ sebaliknya mereka wajib menjelaskan maklumat dan dokumen tersebut,” ujar beliau.

Pada 21 Mei lalu, bekas Perdana Menteri memfailkan prosiding komital terhadap Ahmad Terrirudin agar beliau dipenjarakan kerana menghina mahkamah berkaitan titah adendum.

Permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk memulakan prosiding komital terhadap hakim Mahkamah Persekutuan itu difailkan melalui Tetuan Shafee & Co.

Firma guaman itu melalui kenyataan minggu lalu berkata, Januari lalu, pihaknya memaklumkan telah mendapat arahan Najib untuk memfailkan permohonan penghinaan mahkamah terhadap Ahmad Terrirudin.

Ujar kenyataan itu, firma berkenaan melalui surat bertarikh 20 Januari lalu menggesa bekas Peguam Negara memberikan sebab mengapa beliau tidak patut dikenakan tindakan penghinaan mahkamah berhubung titah adendum.

Berita berkaitan
Lesen judi Kedah: Kalah di mahkamah, kenapa Putrajaya pula dipersalahkan PAS?
August 13, 2026· Politik
Kes saman: Najib bantah 80 peratus keterangan bekas CEO 1MDB
August 12, 2026· Politik
Rosmah diberi sebulan bayar RM67.46 juta kepada syarikat emas Lubnan
August 12, 2026· Politik
Lesen judi: Mahkamah Persekutuan tolak rayuan kerajaan Kedah
August 12, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
9 jam lalu · Isu semasa
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
15 jam lalu · Isu semasa
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
15 jam lalu · Isu semasa
Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000
17 jam lalu · Isu semasa
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
8 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok