Keputusan akhir kes rasuah Isa Samad hari ini

February 10, 2026 · Isu semasa

Mahkamah Persekutuan hari ini dijangka memutuskan sama ada bekas Pengerusi Felda, Mohd Isa Abdul Samad, kekal bebas atau perlu menjalani hukuman penjara enam tahun atas sembilan pertuduhan rasuah berjumlah lebih RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel Suites di Kuching, Sarawak.

Keputusan itu dibuat panel tiga hakim yang meneliti rayuan pihak pendakwaan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang membebaskan bekas pemimpin politik tersebut.

Pendakwaan memohon supaya sabitan bersalah dan hukuman penjara serta denda RM15.45 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi sebelum ini dikembalikan.

Dalam hujahan terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz berkata sabitan Mahkamah Tinggi adalah tepat.

“Keterangan menunjukkan tertuduh menerima RM3.09 juta sebagai suapan melalui pegawai khasnya bagi memudahkan kelulusan pembelian hotel berkenaan,” katanya di mahkamah.

Bagaimanapun, pihak pembelaan menegaskan keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan Mohd Isa adalah betul.

Peguamnya, M Athimulan berkata, “Rayuan pendakwaan tidak mempunyai merit dan keputusan Mahkamah Rayuan wajar dikekalkan.”

Kes ini berkait dengan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd pada harga RM160 juta antara 2014 hingga 2015.

Mohd Isa didakwa menerima wang suapan daripada seorang ahli lembaga pengarah syarikat hartanah sebagai balasan membantu meluluskan pembelian tersebut.

Pada 2021, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 54 tahun dan denda RM15.45 juta selepas beliau didapati bersalah atas semua pertuduhan, namun hukuman penjara dijalankan serentak menjadikan tempoh sebenar enam tahun.

Pada Mac 2024, Mahkamah Rayuan membatalkan sabitan dan hukuman itu selepas membenarkan rayuannya.

Felda sebelum ini memainkan peranan penting dalam pembangunan sosioekonomi peneroka dan pengurusan pelaburan berkaitan agensi itu sentiasa mendapat perhatian awam, khususnya melibatkan ketelusan dan tadbir urus.

Jika rayuan pendakwaan diterima, Mohd Isa akan dipenjarakan serta-merta. Jika ditolak, beliau akan dibebaskan sepenuhnya daripada semua pertuduhan.

Berita berkaitan
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
8 jam lalu· Isu semasa
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
18 jam lalu· Isu semasa
Kuasa pengampunan Agong tidak boleh dicabar: AGC
18 jam lalu· Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
November 22, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
8 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
9 jam lalu · Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
10 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
10 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
8 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok