Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Kredit gambar: PMO
Anwar Ibrahim berkata semua cercaan dan tohmahan dibuat terhadapnya sudah terjawab selepas pengumuman pelantikan hakim mahkamah atasan yang diumumkan baru-baru ini.
Perdana Menteri menegaskan pentadbirannya tidak pernah mencampuri urusan institusi kehakiman, malah sentiasa mempertahankan kebebasan mahkamah dan institusi kehakiman.
“Kita mesti berani mempertahan prinsip ketelusan dan semak imbang. Mahkamah mesti bebas tetapi bukan mutlak tanpa pertanggungjawaban,” katanya dalam kenyataan media di Facebook selepas bertemu pimpinan PKR Selangor di Shah Alam pada Jumaat.
Anwar juga memberi penjelasan kepada akar umbi PKR Selangor melibatkan beberapa isu semasa termasuk pelantikan Ketua Hakim Negara yang diganggu dengan tuduhan dan fitnah kononnya kita mahu merosakkan institusi kehakiman.
“Alhamdulillah, keputusan Majlis Raja-Raja yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong telah menjawab segala cercaan dan tohmahan tersebut,” katanya.
Presiden PKR itu juga berkata, di negara demokrasi besar seperti Perancis, Jerman dan Australia, eksekutif tetap punyai ruang menyuarakan pandangan.
“Yang penting, pelantikan dibuat berdasarkan kelayakan dan integriti, bukan sentimen atau rekaan musuh politik,” jelasnya lagi.
Beliau seterusnya mahu ahli-ahli parti tidak harus terperangkap dalam naratif lawan yang cuba mencipta persepsi kononnya wujud krisis atau konspirasi.
“Saya sentiasa terbuka untuk memberi penjelasan namun dalam hal ini, saya tidak boleh menyatakannya secara terbuka sebelum ini kerana perlu menghormati proses serta kebijaksanaan Majlis Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong.
“Saya tegaskan amanah ini akan saya galas dengan penuh prinsip dan kekuatan. Kita tidak sempurna tetapi banyak yang telah kita laksanakan antaranya kenaikan gaji penjawat awam, gaji minimum GLC, bantuan merentas kaum dan pelbagai lagi,” katanya.
Selain itu, Anwar mahu jentera parti perlu ke hadapan menjelaskan dasar-dasar berkenaan kerana apabila berdiam, fitnah akan tersebar.
“Menyentuh situasi parti pasca pemilihan, saya tegaskan KEADILAN mesti terus maju ke hadapan.
“Yang kalah perlu hormat keputusan manakala yang menang mesti merangkul semua kekuatan. Inilah parti yang mewakili suara rakyat pelbagai latar, bukan milik satu kaum atau satu kelompok,” ujarnya.
PRN Melaka: Abang Long akan jalan 10km dekati pengundi Duyong
Najib kembali ke Penjara Kajang, tahanan rumah ditangguh
Manifesto BN-PN: Air percuma, rumah mampu milik jadi taruhan di Melaka
Tahanan rumah Najib ditangguh, AGC teliti isu undang-undang
Tiada kerjasama rasmi Bersatu-PH, sokongan tetap dialu-alukan: Muhyiddin
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum