Keputusan mahkamah akan diteliti, kerajaan pertahan wibawa institusi fatwa

June 19, 2025 · Isu semasa

Kerajaan akan meneliti secara mendalam keputusan Mahkamah Persekutuan yang menyatakan fatwa Negeri Selangor tidak terpakai ke atas pertubuhan Sisters in Islam (SIS) Forum Malaysia, sambil menegaskan komitmen mempertahankan kewibawaan institusi fatwa.

Menteri Hal Ehwal Agama, Mohd Na’im Mokhtar berkata kerajaan menghormati prinsip kedaulatan undang-undang dan keputusan mahkamah tertinggi negara itu, bagaimanapun peranan institusi agama tetap perlu dipertahankan.

“Saya mengambil maklum keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan pada hari ini yang telah memihak kepada pertubuhan Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) dalam cabaran terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 17 Julai 2014.

“Sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), saya menghormati prinsip kedaulatan undang-undang dan keputusan kehakiman yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan sebagai institusi kehakiman tertinggi dalam sistem perundangan negara.

“Keputusan ini akan diteliti secara menyeluruh demi memastikan kedudukan dan kewibawaan institusi fatwa tidak terjejas dalam jangka panjang.

“Saya ingin menegaskan bahawa fatwa tetap memainkan peranan penting dalam membimbing umat Islam dalam isu-isu semasa yang memerlukan panduan syariah,” katanya dalam kenyataan.

Justeru itu Na’im menegaskan, kerjasama erat antara institusi kehakiman, perundangan dan pihak berkuasa agama amat penting agar fungsi dan kewibawaan institusi fatwa kekal dihormati dalam kerangka sistem perlembagaan negara kita.

Ujar beliau, Kerajaan Madani akan memastikan pentadbiran hal ehwal Islam di Malaysia dilaksanakan secara adil dan berlandaskan prinsip syura, ilmu serta berpaksikan lunas undang-undang negara.

“Pada masa sama, Kerajaan Madani akan terus mempertahankan kedudukan institusi agama Islam selaras dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan,” tegasnya lagi.

Keputusan Mahkamah Persekutuan pada hari ini memutuskan fatwa 2014 Negeri Selangor tentang liberalisme dan pluralisme agama tidak boleh dikenakan ke atas SIS sebagai pertubuhan, namun tetap sah untuk individu Muslim.

Berita berkaitan
AMK Selangor: PAS jangan sekadar cakap besar mahu tumbangkan PH
August 17, 2026· Politik
Azmin kepada Amirudin: Anda tidak berseorangan, jangan gundah-gulana
August 10, 2026· Politik
Menteri Agama: Tiada kompromi dalam siasatan RCI TH
August 9, 2026· Isu semasa
Amirudin: Tunggu keputusan Speaker isu kelayakan ADUN bankrap
August 7, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
2 jam lalu · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
2 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok