Kerajaan dapat semula RM15.5 bilion hasil negara kerana usaha perang rasuah: PMX

October 11, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan penguatkuasaan tegas kerajaan telah berjaya mengembalikan hasil negara berjumlah RM15.5 bilion yang diseludup dan dicuri dalam tempoh dua tahun lalu.

Perdana Menteri menegaskan komitmen kerajaan untuk terus memerangi rasuah, penyelewengan dan kegiatan kartel tanpa sebarang kompromi dengan memastikan tiada pihak, termasuk individu berpangkat tinggi, terlepas daripada tindakan undang-undang.

“Kita berjaya merampas wang yang dicuri dan diseludup melalui kegiatan jenayah berjumlah RM15.5 bilion, ini baru dua tahun.

“Itu pun kerana saya tegas dan menegaskan kepada semua agensi penguat kuasa bahawa tiada kompromi terhadap rasuah, penyeludupan, sindiket dan kartel. Hapuskan mereka kerana mereka mencuri daripada rakyat,” katanya semasa Program ‘Temu Anwar’ Bersama Pelajar Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) hari ini.

“Dalam beberapa tahun yang saya ada ini, saya mahu, Insya-Allah, membersihkan kekusutan yang berlaku. Apa pun yang orang kata tidak menggugat saya, saya anggap itu adalah tanggungjawab kita,” tambahnya.

Anwar berkata prinsip keadilan dan integriti mesti ditegakkan tanpa mengira kedudukan atau gelaran seseorang individu.

“Kadangkala mereka bergelar Datuk, Datuk Seri, Tan Sri atau Tun, saya tidak peduli. Kamu boleh ada gelaran, tetapi jika mencuri, kita akan tangkap, dibicarakan di mahkamah dan jika didapati bersalah, kamu akan ke penjara,” ujarnya lagi.

Beliau turut menyeru para belia dan pelajar agar menyokong perjuangan murni ini.

“Itulah prinsipnya, dan golongan muda mesti memahami serta menyokong perjuangan ini. Bolehkah saya percayakan kamu untuk mendukungnya?” soal Anwar dihadapan hadiri yang hadir.

Usaha memerangi rasuah ini merupakan sebahagian daripada misi kerajaan untuk menjamin masa depan negara dan generasi muda.

Anwar turut menekankan kepentingan pembangunan ilmu, teknologi dan pembentukan sahsiah yang seiring dengan nilai-nilai murni di bawah konsep Malaysia Madani.

Berita berkaitan
Anwar cadang projek ladang babi di Bukit Tagar dibatalkan
16 jam lalu· Isu semasa
Bekas PTD didakwa dua lagi pertuduhan di Mahkamah Shah Alam
20 jam lalu· Isu semasa
Bekas PAT berdepan empat tuduhan rasuah dan pecah amanah
20 jam lalu· Isu semasa
Henti isu bahasa, fokus masa depan pendidikan: PMX
January 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RUU PSB perlu dibaiki demi hak penduduk, UMNO tak tolak pembangunan: Asyraf
11 jam lalu · Isu semasa
Saluran aduan media kini dibuka, fokus profesional dan telus: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
X ambil langkah tingkat keselamatan, beri kerjasama baik: Fahmi
15 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tarik balik RUU Pembaharuan Bandar untuk penambahbaikan: Fahmi
15 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perhalusi persiapan pelajar tahun 1 dan laluan IPTA pelajar
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
January 20, 2026
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong
January 19, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok