Kerajaan fokus jadikan negara destinasi utama pelaburan negara besar: Fahmi

November 1, 2025 · Isu semasa

Fahmi Fadzil menekankan fokus utama kerajaan pada masa ini adalah untuk memulihkan dan memperkukuh ekonomi negara .

Menteri Komunikasi itu berkata keutamaan kerajaan kini adalah memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha menarik pelaburan asing, selaras dengan komitmen Perdana Menteri, Anwar Ibrahim semasa di Parlimen baru-baru ini.

“Kami neutral. Fokus kerajaan sekarang seperti disebut oleh Perdana Menteri di Parlimen ialah bertungkus-lumus menyelesaikan isu yang boleh menjadikan Malaysia destinasi tumpuan pelabur asing dan negara-negara besar,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Kurier Negara 2025 di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

Fahmi turut menambah kerajaan sedang memperkukuh aspek tadbir urus, meningkatkan usaha membanteras rasuah serta melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan imej negara terus harum di peringkat antarabangsa.

Pada majlis sama, Fahmi mengulas kerjasama antara Persatuan Penghantar Ekspres Malaysia (AMEC) dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) penting bagi menangani isu salah guna perkhidmatan kurier untuk kegiatan jenayah termasuk pengedaran dadah.

Ujarnya, kerjasama itu akan membolehkan pemain industri kurier memahami isu itu dengan lebih menyeluruh sekali gus mengambil langkah tepat dalam menyelesaikan kelompangan yang wujud.

“Kita mesti bermula dengan berdasarkan fakta, data dan laporan daripada tindakan yang telah diambil pasukan keselamatan seperti PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).

“Dari situ, kita dapat lihat modus operandi penjenayah dan sekiranya ada kelompangan dalam proses yang disalah guna, maka kita minta sektor kurier mengambil tahu dan segera selesaikan,” katanya.

Fahmi berkata hasrat untuk menjalin kerjasama lebih erat antara PDRM dan syarikat kurier itu turut disampaikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman (JSJN) Hussein Omar Khan.

“Untuk permulaan, saya minta AMEC mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan pihak Kastam bagi memahami isu ini dengan lebih menyeluruh.

“Pada masa sama, AMEC juga kena pastikan syarikat menguruskan pusat-pusat penyisihan barang hantaran mempunyai cara terbaik untuk membuat saringan lebih tepat bagi mengelak perkhidmatan rangkaian kurier kita disalah gunakan oleh penjenayah,” katanya.

Terdahulu, Fahmi turut melancarkan Kod Amalan Perkhidmatan Pos (CPPS) iaitu dokumen yang kali pertama dikeluarkan sebagai piawaian operasi kepada industri kurier negara, bagi memastikan perkhidmatan berkenaan terus relevan, cekap dan berintegriti dalam mendepani cabaran era digital.

Menurut beliau, CPPS yang dibangunkan Postal Forum diluluskan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tahun lepas, setelah konsultasi menyeluruh bersama pemain industri.

“Saya harap semua penyedia perkhidmatan kurier dapat memastikan kod amalan ini dimasukkan dalam prosedur operasi standard (SOP) syarikat masing-masing, tetapi kita juga faham mereka perlu sedikit masa untuk teliti dan ubah suai ikut kesesuaian syarikat… kita serah kepada Postal Forum untuk bantu,” katanya.

Pada majlis sama, Fahmi turut menyaksikan majlis penandatanganan Surat Kolaborasi antara Shopee Mobile Malaysia Sdn Bhd dan Rakan Kurier, menyaksikan platform e-dagang itu akan mengguna pakai lebih banyak syarikat kurier tempatan untuk menghantar barangan pelanggan.

Syarikat kurier terlibat adalah GD Express Sdn Bhd (GDEX), City-Link Express (M) Sdn Bhd, POS Malaysia dan SPX Xpress (Malaysia) Sdn Bhd.

Inisiatif melalui MCMC dengan sokongan AMEC serta rakan industri di bawah Rangka Kerja Perkongsian Rangkaian Kurier (CNSF) itu merupakan yang pertama di ASEAN berpaksikan perkongsian kapasiti, kolaborasi data dan kecekapan operasi antara pemain tempatan dan antarabangsa, sekali gus membantu memastikan persaingan lebih adil.

Pada majlis itu, Fahmi turut menyampaikan Anugerah Tokoh Industri Kurier 2025 kepada Mohd Syahirul Amin Kamarudin dari Skynet Worldwide (M) Sdn Bhd, manakala SPX Xpress (Malaysia) Sdn Bhd dipilih pemenang Anugerah MyKurier dengan penarafan empat bintang.

Berita berkaitan
Himpunan rumah ibadat cetus kontroversi, AMK Johor pertahan Anwar
5 jam lalu· Politik
Ternakan babi dibenar jika jauh dari kawasan penduduk: Anwar
8 jam lalu· Isu semasa
Pembinaan rumah ibadat perlu patuh undang-undang: PMX
8 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan kaji pelesenan aplikasi AI untuk bendung CSAM
February 8, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Rizab BNM cecah AS$126.9 bilion
3 jam lalu · Isu semasa
Pelan baharu tangani kos sara hidup dilancar tahun ini: Armizan
3 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing terus beli saham tempatan, aliran masuk cecah RM15 juta
5 jam lalu · Isu semasa
Adam pertahan sekatan perjalanan peminjam PTPTN
6 jam lalu · Isu semasa
Ringgit kekal stabil sekitar paras RM3.94 berbanding dolar: Bernama
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok