Kerajaan fokus rapatkan jurang digital, perangi berita palsu: Fahmi

November 13, 2025 · Isu semasa

Kerajaan komited dalam memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memerangi maklumat palsu bagi mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat dan dipercayai untuk semua rakyat Malaysia.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata peruntukan berjumlah RM2.56 bilion yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 akan digunakan kementeriannya untuk pembangunan digital bagi memastikan semua rakyat menikmati tanpa ada yang dipinggirkan.

“Melalui JENDELA Fasa 2 di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), lebih 2,700 tapak baharu sedang dilaksanakan untuk merapatkan jurang digital dan mengembangkan capaian Internet berkelajuan tinggi di seluruh negara,” katanya semasa berucap pada Majlis Pelancaran “Global Public Relations Conference And Festival 2025 (GPRCFMY 2025)” hari ini di PWTC.

Selain infrastruktur, Fahmi menekankan pentingnya literasi digital dan memerangi berita palsu dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan dinaik taraf dengan sokongan peruntukan RM350 juta untuk berfungsi sebagai hab maklumat sahih di peringkat akar umbi.

Beliau turut memperkenalkan dua teras utama dalam memelihara integriti ekosistem maklumat negara.

“Majlis Media Malaysia, yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Media Malaysia 2025, berfungsi sebagai badan kawal selia sendiri yang bebas untuk menegakkan etika kewartawanan tertinggi,” kata Fahmi lagi.

Manakala, Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 pula menguatkuasakan langkah keselamatan di platform digital.

“Akta ini juga memerlukan pelabelan jelas bagi bahan terhasil AI dan melindungi pengguna terdedah, terutamanya kanak-kanak,” tambahnya.

Fahmi menegaskan pendekatan kerajaan adalah untuk menjamin kejelasan dan akauntabiliti, bukan kawalan.

“Matlamat kami bukan untuk mengawal kebebasan bersuara, tetapi untuk melindungi ruang awam. Peraturan yang jelas dan konsisten membantu rakyat, pencipta dan syarikat bertindak dengan yakin,” katanya.

Mengakhiri ucapan, beliau mengingatkan peranan penting profesional perhubungan awam dalam era digital.

“AI boleh mencipta perkataan, imej, dan emosi, tetapi hanya manusia yang boleh memberikan makna, suara hati dan konteks.

“Anda memberikan makna kepada mesej, empati kepada perbualan, dan kepercayaan kepada hubungan antara rakyat dan institusi,” ujar beliau.

Berita berkaitan
Teknologi perlu selamat, adil dan dipercayai
7 jam lalu· Isu semasa
MCMC rekod lebih 377,000 permohonan turunkan kandungan bahaya tahun ini
13 jam lalu· Isu semasa
Malaysia tegas pertahan kedaulatan, bantah campur tangan Ahli Kongres AS: Fahmi
13 jam lalu· Isu semasa
MCMC siasat dakwaan kebocoran data Khairul Aming
July 21, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Berita baik untuk rakyat, bantuan SARA akan dinaikkan pada masa terdekat
4 jam lalu · Isu semasa
Festival Sungai Melaka cipta dua rekod Malaysia Book of Records
10 jam lalu · Isu semasa
PRN N9: Tauliah mengajar agama ahli politik digantung sementara
17 jam lalu · Isu semasa
Premis Network School disita, lesen perniagaan dibatalkan
17 jam lalu · Isu semasa
Subsidi cecah RM3.5 Bilion sebulan jika minyak dunia naik AS$90
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
July 21, 2026
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok