Kerajaan harap platform media sosial akur dengan larangan bawah 16 tahun: Fahmi

November 23, 2025 · Isu semasa

Berkuat kuasa tahun depan, kanak-kanak berusia 16 tahun dan ke bawah akan dilarang memiliki akaun media sosial sendiri.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkataa larangan tersebut merupakan keputusan Kabinet yang bertujuan untuk mengekang jenayah siber rentas usia dan melindungi kanak-kanak daripada ancaman seperti pemangsa seksual.

“Ini keputusan Kabinet. Kita harap menjelang tahun depan, platform-platform media sosial akan akur dengan keputusan kerajaan untuk melarang kanak-kanak bawah 16 tahun membuka akaun media sosial,” jelas Fahmi selepas merasmikan majlis penutup Seminar Kesedaran Penipuan Siber Komuniti India Lembah Pantai hari ini.

Beliau menambah kerajaan sedang meneliti pelaksanaan had umur secara menyeluruh, dengan mengambil iktibar daripada pendekatan yang diambil oleh negara-negara seperti Australia.

Fokus utama adalah pada mekanisme penguatkuasaan yang berkesan.

“Negara yang berbeza mungkin mengambil pendekatan yang berbeza, namun kita akan mengkaji kaedah yang paling sesuai,” ujarnya.

Salah satu mekanisme utama yang sedang dipertimbangkan ialah mewajibkan platform media sosial melaksanakan pengesahan eKYC yang melibatkan dokumen pengenalan diri seperti MyKad, pasport, atau MyDigital ID.

Fahmi turut menekankan pentingnya kerjasama semua pihak.

“Saya percaya bahawa jika kerajaan, badan kawal selia, dan ibu bapa memainkan peranan masing-masing, kita dapat memastikan internet di Malaysia bukan sahaja pantas dan mampu milik, tetapi yang paling penting, selamat, khususnya untuk kanak-kanak dan keluarga,” tambahnya lagi.

Berita berkaitan
Kapal bantuan Gaza dipintas, Malaysia kecam tindakan tentera Zionis: Fahmi
April 30, 2026· Isu semasa
Pengesahan identiti pengguna: Penyedia platform media sosial beri kerjasama positif
April 30, 2026· Isu semasa
Wanita didakwa sebar berita palsu harga minyak: MCMC
April 30, 2026· Isu semasa
Acara rasmi kerajaan dikecilkan, pastikan perbelanjaan berhemah: Fahmi
April 29, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kesan krisis bekalan global dijangka dirasai sebulan dua lagi: Tengku Zafrul
9 jam lalu · Isu semasa
Majikan diseru lebih prihatin terhadap pekerja: PMX
9 jam lalu · Isu semasa
Global Sumud Flotilla: Nasib 10 aktivis Malaysia masih belum diketahui
10 jam lalu · Isu semasa
Anwar rayu sokongan rakyat hadapi tekanan ekonomi
10 jam lalu · Isu semasa
Ebit Lew diperintah bela diri kes gangguan seksual
April 30, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok