Kerajaan kaji ganti subsidi dengan bantuan langsung melalui MyKad

December 3, 2025 · Isu semasa

Kerajaan kini dalam proses memperhalusi cadangan untuk menggantikan skim subsidi sedia ada dengan sistem bantuan sosial bersasar yang akan disalurkan menggunakan kad pengenalan MyKad.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying memberitahu, keutamaan semasa adalah memastikan kelancaran pelaksanaan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai teras bantuan kerajaan.

“Kerajaan komited dalam memantau situasi semasa dan memastikan skim subsidi sedia ada dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia dalam mendepani cabaran kos sara hidup,” jelasnya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai jawapan kepada soalan mengenai kemungkinan penukaran mekanisme subsidi kepada bantuan melalui MyKad, susulan kejayaan agihan program SARA.

Menurutnya, pendekatan digital melalui MyKad membolehkan pengesahan identiti yang lebih tepat dan memastikan bantuan hanya dinikmati oleh warganegara Malaysia yang layak.

“Pendekatan penggunaan MyKad membolehkan kerajaan memantau pelaksanaan dan memastikan bantuan dan subsidi benar-benar dimanfaatkan golongan sasar,” ujarnya.

Hui Ying turut menekankan komitmen kerajaan dalam memperkukuh jaringan keselamatan sosial, dengan peruntukan untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA ditingkatkan kepada RM13 bilion tahun ini.

“Bantuan kewangan ini khususnya SARA merupakan mekanisme yang digunakan oleh kerajaan bagi membantu rakyat dalam menangani peningkatan kos sara hidup,” katanya.

Beliau juga menyentuh kesan positif bantuan bersasar ini terhadap ekonomi negara, dengan peningkatan kuasa beli isi rumah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang kukuh.

“Ia membabitkan gabungan pasaran buruh yang kukuh, kadar pengangguran dan inflasi yang rendah serta bantuan kewangan bersasar telah meningkatkan kuasa membeli isi rumah,” jelas beliau lagi.

Berita berkaitan
Harga minyak tanpa subsidi naik 35 sen susulan ketegangan Asia Barat: MOF
September 16, 2026· Isu semasa
Keresahan bil elektrik naik, kerajaan cari langkah segera tangani: PMX
September 16, 2026· Isu semasa
Zahid jangan main politik isu BUDI95: ADUN Buntong
September 11, 2026· Politik
Semak dulu fakta isu peruntukan KKDW: Tunku Nashrul
September 3, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025
2 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
20 jam lalu · Isu semasa
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
20 jam lalu · Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
20 jam lalu · Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
September 20, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok