Kerajaan komited bangunkan infrastruktur digital dan program komuniti mampan di Sabah

November 8, 2025 · Isu semasa

Fahmi Fadzil menekankan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh infrastruktur digital dan membangunkan komuniti di Sabah, menerusi lawatan kerja ke beberapa lokasi di sekitar ibu negeri.

Lawatan Menteri Komunikasi bermula dengan meninjau pengoperasian menara telekomunikasi di Kampung Keronggu, Inanam, bagi menilai keberkesanan projek JENDELA Fasa 1.

Inisiatif ini telah berjaya meningkatkan capaian Internet di Sabah secara mendadak, daripada 73.41% kepada 96.81% kini.

Menara di kawasan itu yang menggunakan sambungan Starlink sementara, menyediakan liputan 4G dengan kelajuan purata 90 Mbps untuk beberapa pembekal perkhidmatan, memberi manfaat kepada lebih 500 penduduk.

Fahmi kemudiannya menghadiri Program Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Kopimpinan, Putatan.

Program yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi melalui MCMC itu mempamerkan pelbagai modul pembangunan diri termasuk Nadipreneur, peningkatan kemahiran TVET, kesedaran keselamatan siber, dan MyFutureJobs.

Setakat ini, seramai 16,518 belia di Sabah telah menyertai program di bawah NADI.

“Kejayaan ini bukanlah satu titik noktah, tetapi pemangkin untuk kita terus memperluas akses digital dan memastikan tiada seorang pun ketinggalan,” kata Fahmi semasa berucap di program tersebut.

“Kerjasama strategik dengan institusi seperti UMS melalui Duta NADI akan terus diperkukuh bagi memacu literasi digital di peringkat akar umbi.”

Beliau juga meluangkan masa meninjau kerja-kerja peningkatan ketahanan sebuah menara telekomunikasi di Kampung Tulung, Penampang, yang terjejas akibat banjir.

Kerja menaikkan kabinet peralatan ini dilaksanakan oleh Digital Nasional Berhad (DNB) bagi memastikan kestabilan rangkaian ketika cuaca ekstrem.

Kementerian Komunikasi bersama MCMC menjamin komitmen berterusan dalam memastikan rakyat Sabah menikmati kemudahan komunikasi yang berkualiti tinggi serta program komuniti yang mampan di seluruh negeri.

Berita berkaitan
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
8 jam lalu· Politik
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
15 jam lalu· Isu semasa
Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000
17 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan perkemas komunikasi, pastikan rakyat faham dasar: Fahmi
18 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
9 jam lalu · Isu semasa
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
15 jam lalu · Isu semasa
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
18 jam lalu · Isu semasa
Karnival Internet Selamat himpunkan lebih 500 penduduk Kalabakan
August 15, 2026 · Isu semasa
Lapan penerbangan dilencongkan selepas insiden helikopter di Subang
August 15, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
8 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok