Kerajaan Madani janji terus jaga perpaduan, pacu ekonomi negara: PMX

January 1, 2026 · Isu semasa

Kerajaan Madani akan terus komited memelihara keharmonian dalam kepelbagaian masyarakat sambil memperkukuh ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat, kata Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata kerajaan melangkah ke tahun baharu dengan penuh keyakinan bersama rakyat, membawa harapan segar untuk masa depan Malaysia.

“Inilah komitmen Kerajaan Madani untuk Malaysia. Selamat Tahun Baharu!” katanya menerusi satu hantaran di Facebook malam tadi.

Dalam hantaran sama, Anwar berkongsi video berdurasi satu minit 47 saat yang memaparkan suasana beliau menyambut ambang tahun baharu bersama rakyat Malaysia.

Detik itu turut menjadi pencetus awal kepada kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026), yang disasarkan untuk melonjakkan semula sektor pelancongan negara.

Kempen TMM 2026 bermula secara rasmi melalui penganjuran Visit Malaysia 2026 Countdown Festival, sebuah sambutan ambang tahun baharu berskala besar yang berlangsung meriah di Pavilion Kuala Lumpur.

Kehadiran Anwar pada acara kira detik itu menandakan langkah awal kerajaan dalam membina momentum positif bagi industri pelancongan.

Usaha tersebut selari dengan sasaran negara untuk menarik 43 juta ketibaan pelawat antarabangsa menjelang 2026, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama pelancong dunia.

Anwar turut menyifatkan penglibatan rakyat dalam sambutan tersebut sebagai simbol perpaduan dan keyakinan bersama terhadap hala tuju negara.

“Kita mara ke hadapan bersama, dengan semangat perpaduan dan tekad untuk membina Malaysia yang lebih makmur,” katanya.

Sambutan ambang tahun baharu itu bukan sekadar perayaan, tetapi mesej jelas bahawa Kerajaan Madani berazam mengimbangi keharmonian sosial dan pertumbuhan ekonomi sebagai asas kemajuan negara.

Berita berkaitan
Bubar Parlimen: Anwar minta parti politik jangan tergesa-gesa
November 26, 2026· Politik
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
21 jam lalu· Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
November 24, 2026· Isu semasa
Bukan kerajaan sebar dokumen pengampunan Najib, jangan buat tohmahan
November 24, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
November 26, 2026 · Isu semasa
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
November 26, 2026 · Isu semasa
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
16 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
16 jam lalu · Isu semasa
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok