Kerajaan Negeri Sembilan perlu berfungsi seperti biasa: Jalaluddin

September 27, 2026 · Politik

Kerajaan Negeri Sembilan perlu terus berfungsi seperti biasa bagi memastikan urusan rakyat tidak terjejas susulan kemelut pentadbiran yang sedang berlaku di negeri itu.

Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias berkata, perkara itu menjadi antara fokus utama mesyuarat khas bersama 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dan Perikatan Nasional (PN) yang dipengerusikan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato’ Onn, malam tadi.

“Inti pati perbincangan ialah kerajaan Negeri Sembilan mesti berjalan seperti biasa untuk kesejahteraan dan kepentingan rakyat.

“Hal itu yang mesti diberi tumpuan dan insya-Allah daripada perbincangan yang panjang lebar, akan ada satu pendekatan supaya pihak kerajaan berjalan seperti biasa untuk kepentingan rakyat,” katanya menurut laporan Bernama.

Mesyuarat yang berlangsung hampir tiga jam itu diadakan ketika pentadbiran Negeri Sembilan berdepan kemelut susulan pembatalan pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Perkembangan itu mencetuskan persoalan mengenai kelancaran pentadbiran negeri, termasuk pelaksanaan program dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Mengulas kemungkinan kerajaan negeri meneruskan pentadbiran tanpa barisan Exco, Jalaluddin berkata terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan.

“Tentunya Menteri Besar mempunyai formula tertentu untuk menggerakkan jentera kerajaan supaya agenda berkaitan kepentingan rakyat dapat diteruskan,” katanya.

Menurutnya, beliau hadir dalam pertemuan itu atas kapasiti sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, manakala perbincangan turut disertai wakil parti dan ADUN berkaitan.

Sebelum mesyuarat, Ahmad Zahid berkata pertemuan itu bertujuan menyelaras usaha dan mengenal pasti pilihan terbaik bagi menyelesaikan kemelut berkenaan dengan mengambil kira Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, peraturan DUN serta adat Negeri Sembilan.

Beliau turut memberikan mandat kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim untuk mencari penyelesaian terbaik termasuk menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin.

Ahmad Zahid turut berpandangan keadaan keselamatan dan ketenteraman awam di Negeri Sembilan masih terkawal dan tidak memerlukan pengisytiharan darurat politik.

Berita berkaitan
Gagal isytihar wang tunai ditemui SPRM dan emas: Ismail Sabri mahu cabar pertuduhan
18 jam lalu· Politik
Loke hantar surat letak jawatan, berkuat kuasa bila Najib pulang ke rumah
19 jam lalu· Politik
AMK gesa PAS isytihar Zahid sebagai ‘poster boy’ calon PM
21 jam lalu· Politik
Bekas CEO Felda Investment didakwa tipu nilai 24 tanah Felda
21 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
PH-Bersatu masih belum duduk berunding secara rasmi: Fahmi
16 jam lalu · Politik
Pertemuan PH-Bersatu sekadar makan malam: Adam Adli
21 jam lalu · Politik
Pemimpin PH-Bersatu bertemu, rundingan PRN Melaka?
22 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: 10 bekas Exco terima arahan pulangkan kenderaan rasmi
September 28, 2026 · Politik
Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Siti Hasmah
September 28, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok