Penyelarasan harga subsidi RON95.
Kerajaan memberi jaminan sistem yang digunakan dalam pelaksanaan inisiatif subsidi petrol RON95, Budi MADANI RON95 (BUDI95) selamat dan dilindungi daripada sebarang ancaman siber.
Menteri Digital, Gobind Singh Deo, menekankan aspek keselamatan siber sistem tersebut telah dikaji secara mendalam bagi memastikan keberkesanannya dengan mengambil kira semua kemungkinan yang boleh berlaku.
“Apa yang kita telah laksanakan ialah sistem yang mengambil kira kemungkinan tertentu.
“Ia selamat untuk diteruskan buat masa ini dan ini adalah aspek yang telah dilihat secara teliti,” jelas Gobind selepas merasmikan pembukaan Cyber Digital Services, Defence and Security Asia Exhibition and Conference (CyberDSA 2025) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
“Fokus dan keutamaan yang diberikan oleh Perdana Menteri dalam semua aspek pendigitalan adalah keselamatan. Oleh itu, sama juga dengan BUDI95, aspek keselamatan telah diberikan perhatian secara khusus dan sistem sedia ada bersedia untuk semua kemungkinan,” tambahnya.
Selain itu, Gobind turut mendedahkan Strategi Kepercayaan Digital dan Keselamatan Data 2026–2030, yang dirangka bersama CyberSecurity Malaysia dan Jabatan Digital Negara, dijangka akan dilancarkan sebelum akhir tahun ini.
“Saya harap kita dapat melancarkan dokumen tersebut sebelum akhir tahun ini supaya gerak kerja kita ke hadapan terutamanya dalam aspek membina kepercayaan digital dapat dilihat, difahami dan dilaksanakan,” katanya.
Strategi tersebut akan menjadi panduan dalam memperkukuh keselamatan siber dan membina keyakinan dalam kalangan pengguna siber negara untuk tempoh lima tahun akan datang.
Seorang guru didakwa amang seksual dua murid, miliki bahan lucah
Pembangunan AI perlu berteraskan nilai kemanusiaan: PMX
Azam Baki fail saman fitnah terhadap Albert Tei
MCMC arah tindakan segera baiki liputan telekomunikasi di Kampung Tinagat
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi